15 September 2025 Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Malaysia

Kerajaan mengisytiharkan Isnin, 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia.

Langkah ini sebagai tanda penghargaan terhadap semangat perpaduan, kekitaan serta keunikan pembentukan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan wilayah. Hari kelepasan ini juga memberi ruang kepada rakyat untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kebangsaan dan cintakan negara.