6 Kod Tidak Lulus Boleh Buat Rayuan BSH Secara Online

Keputusan permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) telah pun diumumkan dan pembayaran bagi fasa 3 dan 4 telah dibuat mulai 24 Julai 2020. Namun, tidak semua berjaya mendapat bantuan tersebut. Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh mula membuat rayuan permohonan mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 iaitu dalam tempoh sebulan.

Walau bagaimana pun, sebelum membuat rayuan, pemohon perlu menyemak dan teliti 6 jenis kod Tidak Lulus agar permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja tanpa perlu hadir ke cawangan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran. Berikut merupakan 6 jenis kod Tidak Lulus yang boleh dibuat rayuan secara online iaitu :

  1. KOD 05 – Pemohon yang tidak melepasi syarat kelayakan iaitu bagi kategori Bujang
  2. KOD 07 – Pendapatan Pemohon / pasangan melebihi RM 4000 berdasarkan semakan rekod agensi
  3. KOD 09 – Pendapatan Pemohon / pasangan melebihi RM 2000 berdasarkan semakan rekod agensi  
  4. KOD 12 – Pemohon berdaftar merupakan salah seorang Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  5. KOD 13 – Pemohon berdaftar merupakan salah seorang Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  6. KOD 34 – Pemohon tidak tinggal atau menetap di Malaysia / bekerja / belajar di luar negara berdasarkan rekod agensi

 

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi 6 Kod Tidak Lulus

  1. KOD 05 – Sebarang semakan pengesahan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilaksanakan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sekiranya maklumat tidak wujud, pemohon perlu mengemukakan dokumen asal serta salinan seperti kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. KOD 07 – Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan tidak perlu sebarang bukti pendapatan
  3. KOD 09 – Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan tidak perlu sebarang bukti pendapatan
  4. KOD 12 – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan tidak perlu sebarang bukti pendapatan
  5. KOD 13 – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan tidak perlu sebarang bukti pendapatan
  6. KOD 34 – Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan tidak perlu sebarang bukti pengesahan pemohon tinggal dan menetap di Malaysia 

 

Tarikh Tutup Rayuan

Pemohon yang tidak berjaya berdasarkan 6 kod di atas boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian sehingga 6 September 2020. Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi bukan dalam senarai 6 kod di atas hendaklah mengemukakan rayuan secara manual di kaunter cawangan LHDN berhampiran.