Bantuan Am Negeri

Setiap tahun kerajaan Malaysia sentiasa berusaha membantu meringankan bebanan masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan kos hidup yang semakin tinggi. Oleh yang demikian, pelbagai skim bantuan akan disalurkan kepada pemohon yang berpendapatan rendah, kurang berkemampuan, berkeperluan serta mestilah memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. 

 

Kemudahan bantuan yang disediakan oleh kerajaan menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah keperluan hidup masyarakat hari ini. Justeru, bantuan yang diberikan membolehkan pemohon membeli barang keperluan harian, dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik serta mengubah taraf ekonomi rakyat. Walau bagaimana pun, setiap negeri menyediakan skim bantuan am yang berbeza. Tiada keseragaman yang ditetapkan oleh setiap negeri dalam pemberian skim bantuan am ini. Pemberian bantuan juga adalah bergantung kepada dasar serta peruntukan kerajaan negeri masing – masing.

 

Kadar Bantuan

Kadar bantuan minima yang diberikan adalah sebanyak RM 100 seorang dan sebanyak RM 350 untuk sebuah keluarga.

 

Syarat dan Kriteria Kelayakan

  • Mestilah merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan bermastautin di samada di Wilayah Persekutuan / Negeri – negeri di Malaysia
  • Pemohon mestilah menetap di negeri melebihi tempoh 10 tahun sekiranya bukan penduduk asal negeri
  • Pemberian bantuan adalah berdasarkan jumlah bilangan anak atau tanggungan, kecacatan atau keuzuran disebabkan penyakit, keadaan rumah kediaman dan tahap ketidakupayaan ketua keluarga
  • Berpendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa
  • Pemohon adalah benar – benar memerlukan bantuan atau sama ada keluarga miskin yang tidak mendapat sebarang skim bantuan bulanan JKM lain, atau; 
  • Kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah di kawasan tempat tinggal pemohon dengan mengisi borang berikut :
  1. Borang Permohonan JKM18  
  2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 
  • Siasatan akan dilakukan terlebih dahulu oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penilaian akan dibuat berdasarkan keputusan siasatan
  • Proses siasatan yang dilakukan bagi mengesahkan setiap permohonan adalah benar serta memenuhi syarat yang ditetapkan
  • Dokumen – dokumen sokongan perlu disertakan bersama borang permohonan seperti  salinan MyKad pemohon, salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan Sijil Kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta lain-lain dokumen yang berkaitan