Bantuan Awal Persekolahan RM 150 seorang anak one off

 

BAP 2024 (Bantuan Awal persekolahan)

 

RM 150 setiap seorang anak tanpa mengira pendapatan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan untuk tahun 2024 dengan jumlah bantuan RM150 seorang.  Bantuan ini akan disalurkan terus kepada 5,524,200 orang murid yang layak. Sejumlah RM 788 juta diperuntukan untuk tujuan ini. Butir-butir lanjut akan diumumkan oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dalam masa yang terdekat. Mereka yang layak tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana bantuan akan disalurkan terus oleh Sekolah.

Pemberian BAP dibuat berdasarkan

  • Warganegara Malaysia
  • Murid-Murid dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf
  • Besekolah, SK , Sekolah Agama, Sekolah Swasta, Sekoleh bimbingan dan sebagainya

 

Tarikh Jangkaan pembayaran BAP

Januari 2024

Pembayaran dijangka dibuat menerusi tunai kepada penjaga/murid ataupun kredit kepada akaun masing-masing bergantung kepada sekolah. Bayaran akan disalurkan oleh KPM ke pihak sekolah dan kemudian akan diagihkan terus ke murid/penjaga.

 

Soalan lazim BAP 2023.

BAP 2024 dijangkakan adalah sama seperti BAP 2023