BANTUAN BAITULMAL KAMEK – CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sarawak telah menubuhkan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984. Tabung Baitulmal Sarawak ini bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan zakat, wakaf dan sedekah di negeri Sarawak disamping turut berperanan menyedarkan masyarakat Islam tentang kewajipan berzakat. Tabung ini juga merupakan kesinambungan dari Tabung Zakat dan Fitrah yang telah ditubuhkan sejak tahun 1966 melalui Undang – Undang Zakat 1966. Tabung ini banyak membantu membiayai para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi Islam di dalam dan di luar negeri. Malah, banyak bantuan diberikan bagi membantu perkara-perkara kebajikan dan keagamaan di kalangan umat Islam di Sarawak.  

 

Kerajaan Sarawak juga telah memperkenalkan Bantuan Baitulmal Kamek bagi membantu masyarakat Islam di negeri Sarawak golongan asnaf yang kurang berkemampuan serta menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa semasa pasca Covid-19. Inisiatif ini sangat memberi kesan yang positif kepada masyarakat Islam Sarawak yang berhadapan dengan masalah kewangan semasa terjadinya wabak Covid-19. Melalui tabung ini, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM 3.5 juta yang diagihkan melalui pelbagai bentuk bantuan yang dinikmati oleh 20,733 individu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 yang lalu.

 

Permohonan bantuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) yang lebih mudah dan pantas. Terdapat 3 buah program utama disediakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak ini, iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

 

Cara Membuat Permohonan Bantuan Baitulmal Kamek

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan Bantuan Baitulmal Kamek secara dalam talian (online):

  • Layari laman web rasmi di https://pelanggan.tbs.org.my
  • Sekiranya belum mendaftar, klik butang Daftar Akaun
  • Masukkan maklumat yang diperlukan seperti :
  • Nama penuh seperti dalam kad pengenalan
  • Masukkan nombor telefon
  • Masukan alamat emel
  • Masukkan nombor kad pengenalan (akan digunakan sebagai username)
  • Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan yang telah dimasukkan
  • Tekan butang Daftar
  • Sekiranya telah membuat pendaftaran akaun, log masuk menggunakan username yang terdiri dari nombor kad pengenalan
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang Log Masuk
  • Pilih bantuan yang ingin dimohon

 

Permohonan Menerusi Aplikasi Jejak Asnaf

  • Permohonan juga boleh dibuat melalui aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore
  • Permohonan juga boleh dibuat dengan cara seseorang individu mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan tersebut

 

Permohonan Menerusi E-Mel Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

Permohonan juga boleh dibuat menerusi emel yang boleh dihantar kepada admin@tbs.org.my

 

Kelebihan Menggunakan Portal TBS (Tabung Baitulmal Sarawak)

  • Pemohon boleh mendapatkan maklumat lengkap berkaitan produk bantuan yang boleh dimohon oleh golongan asnaf
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan memilih jenis bantuan yang bersesuaian
  • Pemohon tidak perlu datang ke kaunter untuk membuat permohonan dan ini dapat mengelakkan dari berlakunya penyebaran wabak Covid-19

 

Maklumat Lanjut 

Maklumat lanjut berkaitan bantuan ini boleh diperolehi melalui salah satu medium berikut :

  • Laman web rasmi di https://www.tbs.org.my/www/? 
  • Talian telefon di 082-682861 / 082-683270 / 082-683709
  • Faks : 082-684820
  • Emel : admin@tbs.org.my
  • Alamat : Tabung Baitulmal Sarawak Blok A, Blok 3655, Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak