Bantuan Covid-19 Ihsan Negeri Johor

Kerajaan negeri Johor telah mengumumkan akan memberi Bantuan Ihsan Covid-19 kepada mereka yang tidak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan bagi mencegah penyebaran virus Covid-19. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 250 atau RM 500 akan diberikan kepada mereka yang layak serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Ia tidak hanya diberikan kepada kumpulan B40, namun turut disalurkan kepada golongan M40 yang layak.

Setiap pemohon perlu bekerjasama memberi maklumat asas kepada wakil atau penyelaras pusat bagi mendapatkan bantuan. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti status pekerjaan samada masih bekerja atau telah kehilangan pekerjaan. Maklumat bilangan tanggungan juga adalah diperlukan bagi melengkapkan permohonan. Bagi maklumat yang tidak lengkap hanya akan melambatkan proses pemberian bantuan. Pemarkahan akan dibuat berdasarkan kelayakan permohonan dan jumlah bantuan bergantung kepada pemarkahan total. Bantuan yang berjaya akan disalurkan ke akaun bank pemohon.

Syarat – syarat Kelayakan

  • Individu atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan sama ada dari kerajaan negeri, kerajaan persekutuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  • Tidak menerima sebarang bantuan dalam bentuk makanan atau wang tunai dari kerajaan negeri BSH atau BPN
  • Berpendapatan RM 8000 ke bawah untuk seisi rumah yang namanya tercicir dari menerima 
  • Sekiranya pemohon adalah bujang, mestilah berumur 18 tahun dan ke atas dan bukan tanggungan keluarga

 

Cara Memohon

  • Permohonan dilakukan melalui wakil atau penyelaras pusat saluran bantuan yang akan mengenal pasti individu atau isi rumah yang berkelayakan; atau
  • Individu atau isi rumah yang berkelayakan boleh menghubungi wakil atau penyelaras pusat saluran bantuan di kawasan kediaman masing – masing
  • Wakil yang dilantik bertanggungjawab membantu individu atau isi rumah yang tidak pernah menerima sebarang bantuan samada dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan

 

Carta Alir Permohonan

  • Pusat saluran akan melantik wakil atau penyelaras pusat
  • Wakil atau penyelaras pusat akan mengenalpasti kumpulan sasar / individu bujang
  • Maklumat yang diperolehi akan dikemaskini dan wakil atau penyelaras akan melengkapkan borang permohonan
  • Maklumat akan diserahkan kepada pusat saluran untuk dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor
  • Sistem e-IHSAN akan memaklumkan keputusan setiap permohonan yang diterima kepada semua pusat saluran
  • Sekiranya permohonan diluluskan, Perbendaharaan Negeri Johor akan mula memproses bayaran
  • Pusat saluran akan memaklumkan keputusan permohonan serta status pembayaran kepada pemohon yang berjaya
  • Bantuan akan disalurkan secara kredit ke akaun bank penerima dan sekiranya penerima tiada akaun bank, bantuan akan disalurkan secara tunai

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh menghubungi talian telefon di bawah mengikut daerah.

  • Pejabat Daerah Johor Bahru : 07 223 1963 / 69 / 07 223 2233
  • Pejabat Daerah Muar : 06 952 1021
  • Pejabat Daerah Batu Pahat : 07 434 1333
  • Pejabat Daerah Segamat : 07 943 5670 / 1 / 07 943 5676
  • Pejabat Daerah Kota Tinggi : 07 883 1241
  • Pejabat Daerah Kluang : 07 771 1305
  • Pejabat Daerah Mersing : 07 799 1121 / 07 799 8832
  • Pejabat Daerah Pontian : 07 687 1322 / 23
  • Pejabat Daerah Kulai : 07 662 2929 / 07 663 0006
  • Pejabat Daerah Tangkak : 06 978 1008 / 06 978 7100 / 06 978 1008