Tarikh rasmi pembayaran BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan ) adalah 26 Oktober 2021
Kelayakan boleh disemak di portal rasmi BKP iaitu BKP.hasil.gov.my bermula 26 Oktober. Dengan BKP , mereka yang layak akan mendapat RM500 one off bagi membantu kelangsungkan hidup pada endemik.
Kelayakan
Kehilangan pekerjaan pada tahun 2021. Permohonan adalah secara automatik berdasarkan pangkalan maklumat
- Perkeso
- KWSP
i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
bulan pada tahun 2020; dan
ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
Penunaian
Mereka yang layak akan mendapat bayaran terus ke akaun bank mereka berdasakrkan maklumat bank BPR, BKC. Bagi membuat penunaian, penerima haruslah menbawa kad pengenalan terus ke Bank Simpanan Nasional yang terdekat.
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
Pastinya ramai terkesan dengan pandemic Covid-19 yang belum menunjukkan tanda – tanda akan berakhir ini. Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, urusniaga pelbagai sektor ekonomi terpaksa dihentikan buat seketika. Secara tidak langsung ia telah mengganggu kelangsungan ekonomi untuk berjalan seperti biasa dan menyebabkan banyak impak di mana ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana pemilik perniagaan tidak lagi mampu menampung kos yang ada.
Kerajaan sentiasa memandang serius perkara ini kerana jika tiada bantuan diberikan, individu yang diberhentikan pastinya berada di dalam situasi yang membimbangkan kerana tiada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Tambahan pula agak ramai yang mula kehilangan pekerjaan dan adalah agak sukar untuk golongan ini mendapat pekerjaan dalam masa yang singkat.
Semasa Perdana Menteri mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), golongan pekerja yang diberhentikan tidak terkecuali akan menerima bantuan dari kerajaan. Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM 500 untuk individu yang diberhentikan. Individu yang telah kehilangan tidak perlu membuat permohonan kerana data akan diperolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Padanan data akan dibuat berdasarkan data yang diperolehi supaya tiada sebarang kesilapan dalam pemberian bantuan tersebut.
Di samping mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan, bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu individu tersebut memulakan perniagaan kecil – kecilan dari rumah serta dapat menampung keperluan harian. Situasi hari ini yang masih berdepan dengan pandemic Covid-19 pastinya agak menyukarkan firma – firma perniagaan untuk menawarkan pekerjaan kepada orang ramai. Dengan adanya bantuan seperti ini dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung terutamanya ketua keluarga yang menjadi punca utama sumber pendapatan.
Pada bulan Oktober , sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan pengkalan data dari KWSP dan Perkeso . Sejumlah 500 juta akan diagihkan untuk tujuan ini dan lebih kurang 900,000 penerima yang terkesan dijangka mendapat manfaat dari bantuan ini.
Permohonan
Tiada permohonan untuk bantuan ini. Kelayakan akan disemak dari pengakalan data Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengesahkan mereka yang kehilangan pekerjaan.