Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

 

BKC fasa 3 akan dibayar 20 Disember ini , Isnin ini

 

Berapakah jumlah bayaran BKC fasa 3 

Untuk fasa 3 hanya bayaran untuk kategori Isi Rumah Miskin Tegar dan B40 sahaja.

Isi Rumah Miskin Tegar – RM 300

Isi Rumah B40 – RM 300

Bantuan BKC fasa 3 menglibatan peruntukan RM 1.2 billion. Seramai 3.8 juta kategori isi rumah Miskin tegar dan B40 dijangka mendapat manfaat dari bantuan ini. Semakan untuk kelayakan BKC fasa 3 juga boleh dibuat di portal BKC , iaitu bkc.hasil.gov.my

 

BKC fasa 2 akan dibayar bulan November ini

Terkini, BKC fasa 2 sah dibayar bermula 25 November 2021, orang ramai boleh membuat semakan status pembayaran di laman rasmi BKC.

 

Berapakah jumlah pembayaran BKC fasa 2

Berdasarkan maklumat dari laman soalan lazim BKC. Tiada pembayaran untuk B40 dan M40 bagi BKC fasa 2

 

Kemaskini BKC dibuka

Kemaskini BKC telah dibuka bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober bagi mereka yang berstatus Gagal kredit, tiada maklumat akaun bank bagi bayaran fasa seterusnya

Laman rasmi BKC akan mula beroperasi 6 September 2021. Semakan sudah boleh mula dibuat. Anda yang perlu login masuk ke dalam laman BKC di https://bkc.hasil.gov.my/

Kemudian masukkan log nama dan password yang sama seperti laman BPR. Semua status permohonan , pembayaran BKC akan dipamerkan

 

Tarikh Rasmi Bayaran BKC fasa 1

BKC fasa 1 akan dibuat secara berperingkat bermula 6 September 2021 dan dijangka selesai 10 September 2021

 

 

Bayaran dan fasa BKC

BKC akan dibayar bulan Fasa 1 , November dan Disember

Untuk fasa 1 akan diumumkan dari masa ke semasa

Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC )

Permohon perlu lulus BPR 2021 untuk kelayakan BKC. Sehubungan itu, penerima GKP adalah tidak layak menerima BPR 2021 dan BKC

Berdasarkan maklumat terbaru dari LHDN Malaysia, permohon tidak perlu membuat pendaftaran untuk Bantuan Khas Covid-19. Permohonan adalah secara automatik berdasarkan kelulusan BPR 2021 dan maklumat percukaian M40 oleh LHDN Malaysia. Tarikh Semakan kelayakan BKC akan diumumkan oleh LHDNM kelak.

 

 

Kaedah Pembayaran BKC

Pembayaran BKC adalah berdasarkan maklumat dan cara pembayaran BPR 2021. Bayaran Golongan miskin tegar  dan B40 adalah berdasarkan permohonan BPR 2021 , manakala untuk M40 pula adalah berdasarkan maklumat percukaian LHDNM

 

 

 

Bantuan ini dijangka membantu lebih ramai rakyat di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)

 

Miskin Tegar

Isi rumah  RM1,300

RM 500  Bulan Ogos, RM 500 Bulan November , RM 300 bulan Disember

Bujang  RM 500

RM 200 Bulan Ogos, RM 300 Bulan November

 

B40

Isi rumah  RM 800

RM 500  Bulan Ogos,  RM 300 bulan Disember

Bujang RM 200

RM 200 Bulan Ogos

 

M40

Isi rumah RM 250

RM 250  Bulan Ogos

Bujang RM 100

RM 100 Bulan Ogos

Secara keseluruhan, lebih  dari 11 juta penerima dijangka mendapat manfaat dari bantuan ini termasuk warga emas, isi rumah dan bujang. Peruntukan 4.6 billion telah diagihkan untuk Bantuan Khas Covid-19 BKC. Cara permohonan dan pembayaran untuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) 

Seramai 11 juta rakyat yang terdiri dari individu bujang, isi rumah serta warga emas akan menerima bantuan dari kerajaan secara berperingkat. Kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM 4.6 juta bagi melaksanakan pemberian Bantuan Khas Covid-19 kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Bantuan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selari dengan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang begitu terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. 

Terdapat beberapa kategori penerima bantuan ini iaitu golongan B40, M40, individu bujang dan isi rumah miskin tegar. Individu bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 200 dan kategori M40 pula akan menerima sebanyak RM 100 yang akan disalurkan pada bulan Ogos 2021. Sebanyak RM 1,300 akan diberikan kepada kategori isi rumah miskin tegar dan akan disalurkan secara berperingkat iaitu pada bulan Ogos (RM 500), bulan November (RM 500) dan Disember (RM 300). Isi rumah B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM 800 dan akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Ogos (RM 500) dan Disember (RM 300). Turut tidak ketinggalan bantuan ini akan disalurkan kepada isi rumah kategori M40 iaitu sebanyak RM 100 pada bulan Ogos.

Bantuan Khas Covid-19 pastinya memberi sedikit kelegaan kepada rakyat yang sedang dihimpit kemelut kewangan. Biarpun kadar bantuan yang disalurkan mungkin tidak dapat memenuhi keperluan semua rakyat, namun sekurang – kurangnya ia dapat meringankan bebanan kewangan yang sedang dihadapi oleh rakyat dalam meneruskan kehidupan sehingga hari ini.