Bantuan Khas Covid-19 dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LKS) bagi membantu golongan pendapatan rendah dan penjaja ataupun perniaga kecil kecilan di mana sumber pendapatan mereka terjejas akibat susulan penularan wabak Covid-19. Bantuan ini diharap boleh meringankan beban rakyat Selangor akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dana sejumlah 6 juta telah diperuntukan untuk Kategori Keluarga B40 dan 8 Juta untuk peniaga atau penjaja kecil.
Bantuan sebanyak RM200 ke RM500 sekali (one off) akan disalurkan kepada setiap keluarga ataupun individu yang layak. Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan.
Syarat dan kelayakan
- Untuk yang beragama Islam sahaja
- Golongan B40 dimana pendapatan isu rumah adalah kurang dari RM 4,360 sebulan
- Warganegara Malaysia atau Permastuitin Tetap yand telah menetap di Selangor minima 3 tahun
Ketua keluarga yang diberhentikan kerja ataupun dipaksa cuti tanpa gaji/ pengurangan gaji. Individu 18 tahun ke atas ataupun Penjaja ,Peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Penyata pendapatan/ Dokumen sokongan pemberhentian kerja /Cuti tanpa gaji atau gaji yang dikurangkan
- Bagi ahli perniagaan, penjaja . Lesen perniagaan, resit sewa tapak and dokumen yang membuktikan pendapatan
- Dokumen sokongan Permastuitin Tetap, bil air, internet, cukai pintu dalam nama pemohon.
Cara membuat permohonan
Cara Membuat Bantuan. Bantuan boleh dibuat secara online di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor Protal BKC19 di sini.
Permohonan telah dibuka pada 25 MAC 2020 dan akan ditutup pada 6 April 2020 pada hari Isnin. Semua permohonan hendaklah dibuat di laman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan bukan pihak lain.
Golongan Asnaf Fakir, Muallaf yang berdaftar dengan LZS boleh juga menghubungi LZS di 1-300-88-4343 , dari setiap Isnin ke Jumaat , 10pagi hingga ke 3petang. Bantuan akan disalurkan kepada akaun bank pemohon. Bantuan juga boleh dimasukan kepada akaun bank pasangan ataupun waris terdekat berdasarkan surat kuasa boleh pemohon.