BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (BKIT) RM 300

Sesiapa sahaja pastinya terkesan dengan kehadiran virus Covid19 yang menyerang seluruh dunia dengan sekelip mata. Arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia adalah untuk mengekang dan menghalang virus ini dari terus merebak.Sebaik sahaja pengumuman pelaksanaan PKP, semua urusniaga terpaksa dihentikan serta merta dan tidak dibenarkan beroperasi buat seketika bagi menangani wabak ini. Perkhidmatan dan pekerjaan yang bukan essential services tidak dibenarkan beroperasi melainkan yang telah disenaraikan oleh kerajaan sahaja.

Penutupan sementara kilang, syarikat, organisasi dan sebagainya telah menyukarkan sebilangan besar pekerja kerana pendapatan mereka juga turut terjejas. Terdapat sesetengah syarikat akhirnya tidak lagi dapat bertahan kerana tiada punca pendapatan terpaksa menghentikan operasi perniagaan buat selama – lamanya. Hal ini telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan menjadi penganggur, malah tiada sumber pendapatan yang diperolehi sepanjang tempoh PKP ini. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan sentiasa menyedari permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Maka sebab itulah banyak bantuan – bantua diwujudkan dalam tempoh PKP ini.

Para pekerja dan majikan yang terkesan tidak perlu khuatir kerana terdapat pelbagai skim bantuan diperkenalkan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Semua rakyat pastinya dibantu oleh kerajaan termasuklah golongan ibu tunggal yang kehilangan punca pendapatan bulanan semasa virus Covid19 ini melanda. Bantuan ini akan diberikan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan juga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Walau bagaimana pun, golongan ibu tunggal yang kehilangan punca pendapatan boleh membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM 300 dengan mendaftar secara manual atau online sekiranya tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.. Setiap permohonan akan diteliti terlebih dahulu supaya hanya yang layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

Jabatan Pembangunan Wanita bersama Jabatan Kebajikan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan agensi yang bertanggungjawab menyelaras program bantuan ini. 

 

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Permohonan ibu tunggal perlu mematuhi syarat dan kriteria berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia yang sedang menetap di Malaysia
  • Ibu tunggal yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM 960 iaitu di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan semasa

 

Cara Membuat Permohonan

Terdapat dua kaedah permohonan bantuan ini dan pemohon boleh memilih salah satu kaedah berikut :

 

Permohonan Secara Manual

Pemohon boleh membuat permohonan secara manual dengan menghadirkan diri di salah satu cawangan pejabat berikut :

  1. Cawangan Pejabat Jabatan Kebajikan Negeri (JKM) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  2. Pejabat Ja
  3. batan Hal Ehwal Wanita Sabah / Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (Pemohon Sabah)
  4. Pejabat Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak / Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (Pemohon Sarawak)

 

Permohonan Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara atas talian iaitu di portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita dengan cara berikut :

  1. Layari portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/
  2. Log masuk menggunakan akaun Google / emel Gmail 
  3. Isi maklumat lengkap di borang permohonan mengikut negeri pemohon
  4. Klik butang Next untuk menghantar borang permohonan

 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu mengemukakan Salinan borang berikut bagi melengkapkan permohonan.

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan penyata akaun tahunan semasa
  • Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil  Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkatan dari Jabatan Pendaftaran Negara (bagi tanggungan anak yang belum berkahwin)
  • Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan terkini
  • Surat Akuan Doktor (sekiranya berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)

Sekiranya permohonan bantuan adalah berjaya dan diluluskan, golongan ibu tunggal akan menerima bantuan RM 300 ini sebelum menjelangnya Hari Raya Aidiladha. Bantuan yang diberikan secara one-off ini diharap dapat meringankan bebanan kewangan bagi menyambut kedatangan Aidiladha tidak lama lagi.