Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19

Kerajaan telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19:

i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan dihospital

ii) RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Kerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

Kerajaan akan menubuhkan 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin COVID-19.

Syarat

  • Warga Malaysia yang menerima vaksin dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
  • Mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin Covid-19
  • Adverse Events Following Immunisation (AEFI)    / Kesan Mudarat Vaksin mesti dikelaskan serius oleh penilaian dan laporan Jawatankuasa farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19
  • AEFI berlaku dalam tempoh 3 bulan selepas menerima Vaksin
  • Laporan bedah siasat perlu di sertakan untuk kes kematian
  • Semua bukti, laporan , rekod perlu disertakan dalam tempoh 1 satu berlaku AEFI
  • Butir kes AEFI perlu diwartakan kepada Bahagian Farmasi Negara (NPRA) , dari pegawai kesihatan yang merawat pesakit.

 

Cara membuat permohonan

  • Dokumen A perlu di lengkapkan    Download Borang A
  • Salinan IC pemohon (Salinan diakui sah)
  • Slip pendapatan
  • Laporan perubatan penuh
  • Laporan bedah siasat

 

  1. Download dan lengkapkap borang A.  Borang ini perlu dikemukakan kepada

Setiausaha Bahagian,

Bahagian Kewangan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 7, Block E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

 

Jawatankuasa Khas kemudian akan membuat penilaian terhadap kes Adverse Events Following Immunisation (AEFI)    / Kesan Mudarat Vaksin