Bantuan RM 350 Kepada Bujang

Dahulunya kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan juga Bantuan Sara Hidup (BSH) sebagai salah satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Namun, kedua – dua skim ini tidak lagi dilanjutkan pelaksanaannya tetapi ia telah digantikan dengan skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah ditambah baik dan lebih ramai rakyat berpeluang menerima bantuan tersebut.

 

Perubahan skim ini juga membolehkan penerima mendapat jumlah bayaran yang lebih banyak berbanding skim bantuan terdahulu. Jika BR1M dan BSH mengehadkan umur bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas sahaja yang layak, namun BPR membolehkan individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas turut mendapat bantuan ini.

Penerima BSH kategori bujang terdahulu hanya diberikan kepada yang berumur melebihi 40 tahun dengan pendapatan di bawah RM 2,000 sebulan. Jumlah bantuan yang diberikan pula adalah RM 300 berbanding BPR, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM 350 yang dibayar secara sekaligus.

Individu bujang yang ingin memohon BPR mestilah memiliki kriteria seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Terdiri dari individu bujang / ibu tunggal / bapa tunggal / balu / janda atau duda yang tiada anak
  • Jika pemohon merupakan individu OKU, umur mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
  • Pendapatan bulanan di bawah RM 2,500 sebulan

 

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai Penhujung Febuari, April / Mei 2021 dan September / Oktober 2021 dan ianya bergantung kepada pengumuman terkini.

Pemohon yang tidak pernah menerima sebarang skim bantuan sama ada BR1M atau BSH boleh membuat permohonan secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my dengan turut memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Sekiranya maklumat tidak lengkap, permohonan berkemungkinan ditolak dan tidak akan diproses oleh pihak sekretariat.