Yawas ataupun Yayasan Warisan Anak Selangor di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan program Asuh Pintar bagi membantu rakyat Selangor terutamanya golongan B40 yang menghadapi kengkangan ekonomi berikutan penularan wabak Covid-19. Dengan Skim ini , penjaga yang layak akan mendapat bantuan yuran taska sejumlah RM100 sebulan. Bantuan ini akan dibayar terus kepada Taska yang berdaftar.
Pencarian senarai taksa boleh disemak dengan laman Yawas.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Selangor dengan sah lebih 5 tahun (pengesahan dari Ketua Kampung ataupun Pengerusi Taman Perumahan)
- Pendapatan Isi rumah RM5,000 ke bawah
- Pasangan suami isteri bekerja
- Anak 4 tahun dan ke bawah dan hanya terhad kepada 2 orang anak sahaja
- Taska mesti berdaftar dengan Jabatan kebajikan masyarakat
- Ibu bapa dapat pengundi berdaftar dengan SPR ( Suruhan Jaya Pilihanraya Malaysia)
Permohonan
Permohonan dan Semakan boleh dibuat secara online di laman Yawas
http://asuhpintarv2.yawas.my/web/index.php
Alamat Yamas
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Yawas ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah MES ataupun Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi metadbir, menyelenggarakan dana yang digunakan untuk menjaga kebajikan Rakyat Selangor.