BANTUAN SARA HIDUP FASA KETIGA

Pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa ketiga akan mula dibayar kepada penerima mulai 15 Ogos 2018. Pembayaran fasa ketiga ini akan dinikmati oleh 4.1 juta penerima bantuan dan menelan belanja sebanyak RM 1.6 bilion. Pengumuman pembayaran bantuan fasa ketiga ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada media. Pembayaran fasa ketiga ini diberikan pada bulan Ogos yang pada masa yang sama Hari  Raya Aidiladha bakal menjelang tiba pada 22 Ogos 2018. Menurut Lim Guan Eng, penerima bantuan dapat membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih awal dengan adanya bantuan ini. Prosedur bayaran bantuan adalah tetap sama sepertimana pembayaran terdahulu di mana wang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank masing – masing. Penerima yang masih tidak mempunyai akaun bank untuk menerima wang bantuan, sekretariat BSH akan menghantar surat kelulusan ke alamat yang berdaftar. Penerima yang  menerima surat kelulusan ini hanya perlu membawa surat kelulusan tersebut ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran bagi menebus wang tunai tersebut.

Biarpun pihak Kerajaan telah menerima pelbagai tohmahan yang menyatakan bahawa kepimpinan Kerajaan masa kini sedang berdepan dengan masalah kebankrapan, Lim Guan Eng menegaskan ia hanyalah khabar angin. Ia telah  terbukti hanyalah omongan kosong tatkala Kerajaan masa ini masih mampu meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup kepada rakyat Malaysia tanpa ada sebarang masalah biarpun tiada lagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang boleh mendatangkan hasil kepada Negara. Sekretariat BSH boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-2717 atau secara email di bsh@treasury.gov.my.

Menurut Lim Guan Eng lagi, pihak Kerajaan sebenarnya telah pun menyediakan subsidi petrol bagi menstabilkan harga petrol dan diesel pada harga kawalan iaitu RM 2.20 seliter bagi Ron95 dan RM 2.18 seliter bagi diesel. Subsidi petrol berjumlah RM 3 bilion ini dapat menstabilkan harga petrol di Negara ini biarpun harga petrol antarabangsa meningkat kepada US$74 setong dengan peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding hanya US$552 setong sebelum ini.