Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

BTR Fasa 1 sudah mula masuk secara beperingkat


Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke-10 bagi menggantikan bantuan kewangan terdahulu. Penerima bantuan kewangan sebelum ini akan turut menerima BTR 2023 tanpa perlu membuat permohonan baru. Dengan adanya BTR 2023 ini akan dapat membantu para penerima bantuan yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari. Pembayaran bantuan ini akan dipercepatkan dari bulan Mac kepada bulan Januari 2023 dan ianya telah diumumkan semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang telah diadakan pada 20 Disember 2022. Pembayaran bantuan pada Januari 2023 ini adalah merupakan bayaran Fasa 1 dengan kadar RM 300 untuk isi rumah, manakala RM 100 untuk kategori bujang.

Kadar Bantuan

 

Kadar bantuan yang diberikan adalah berdasarkan beberapa kategori iaitu seperti berikut :

 

  • Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 Sebulan Dan Ke Bawah
  • BTR RM 2,500 sekiranya mempunyai anak 5 orang atau lebih
  • BTR RM 1,000 – RM 2,000 sekiranya mempunyai anak 1 hingga 4 orang 

 

  • Pendapatan Isi Rumah Antara RM 2,500 Hingga RM 5,000
  • BTR RM 500 – RM 1,250 sekiranya mempunyai anak 1 hingga 4 orang


  • Warga Emas Dan Tiada Pasangan
  • BTR RM 600, bergantung pada pendapatan

 

  1. Bujang
  • BTR RM 350, bergantung pada pendapatan

 

  1. Bantuan Tambahan Untuk Ibu / Bapa Tunggal
  • Sebanyak RM 500 (tambahan) akan diberikan

 

Kriteria Permohonan

 

Kriteria permohonan adalah seperti berikut : 

 

1. Permohonan Isi Rumah

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga samada lelaki atau perempuan, berpendapatan kasar kurang daripada RM 5,000 sebulan dan bekerja di Malaysia 
  • Sudah berkahwin dan pasangan pemohon mestilah warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan Malaysia
  • Anak pemohon samada anak kandung / anak angkat sah taraf yang berdaftar dibawah JPN
  • Anak pemohon mestilah memiliki myKid atau kad pengenalan 
  • Anak pemohon mestilah yang masih belajar dan tidak bekerja  

 

2. Warga Emas Bujang Dan Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas, bekerja di Malaysia dan berpendapatan kasar kurang daripada RM 5000 sebulan

 

3. Bujang

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  • Berumur antara 21 hingga 59 tahun, bekerja di Malaysia, berumur 21 hingga 59 tahun dan berpendapatan kasar kurang daripada RM 2,500 sebulan
  • Bagi individu OKU mestilah berumur 19 hingga 59 tahun dan berpendapatan kasar kurang daripada RM 2500  sebulan

 

Cara Permohonan

Penerima bantuan kewangan kerajaan sebelum ini tidak perlu membuat permohonan semula kerana pihak kerajaan akan menggunakan data sedia ada yang terdapat dalam pangkalan data LHDN. Sebarang pengemaskinian maklumat boleh dibuat menerusi laman web rasmi yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Bagi yang tidak pernah menerima bantuan sebelum ini boleh membuat permohonan baru sekiranya ia telah dibuka kepada orang ramai. Maklumat terkini akan diumumkan dari masa ke semasa dalam laman web rasmi LHDN.

 

Tarikh Bayaran

Pembayaran Fasa 1 akan dibuat pada bulan Januari 2023. Walau bagaimana pun, tarikh sebenar pembayaran belum diputuskan oleh kerajaan dan masih di dalam perbincangan. Pengumuman tarikh pembayaran bantuan akan dibuat dalam masa terdekat melalui laman web rasmi atau media sosial untuk makluman para penerima bantuan.