Bayaran BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan)

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)

RM500 akan disalurkan secara one off kepada mereka yang layak.  Mereka yang layak haruslah mencarum sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020 dan tiada caruman selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021.  Bulan April , Mei , Jun 2021

 

Semakan BKP

Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP boleh mula disemak 26 Oktober ini.  Mereka yang tidak layak  akan mendapat mesej sebegini.

“Semakan mendapatan nombor Mykad yang dimasukkan tiada rekod sebagai penerima BKP 2021. Sila semak semula nombor Mykad atau rujuk FAQ semula bagi menyemak kelayakan BKP 2021”  .

 

Bagi mereka yang layak ,

Nama penerima dah mesej “Penerima BKP” akan dipamerkan di sistem.

SMS juga akan dihantar kepada mereka yang layak untuk mendapat BKP, dimana maklumat pembayaran juga akan disalurkan.

 

Bagaimana BKP dibayar?

Bayaran akan dibuat mengikut maklumat perbankan yang sama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri,  Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Prihatin Rakyat ataupun Geran Khas Prihatin

 

Penunaian wang BKP ?

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, Keadah pembayaran secara tunai akan dipamerkan di sistem BKP.  Bagi yang tidak mempunyai maklumat bank, boleh membuat penunaian terus di Bank Simpanan Nasional yang terdekat. Penerima bantuan perlu hadir dan membawa kad pengenalan untuk membuat penunaian.

  • Kad pengenalan
  • Penerima hadir sendiri