Berita baik, bayaran untuk BSH warga emas telah bermula pada hari ini , 15 Mac 2020. Netizens rata rata gembira dengan pembayaran BSH awal. Sejumlah bayaran RM200 diawalkan untuk fasa 2 bagi membantu rakyat untuk menghadapi wabak Covid19. Mengikut pantauan, penerima BSH warga emas yang layak dengan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah mula mendapatan wang bantuan mereka.
Buat masa ini tiada maklumat bayaran BSH fasa dua bagi Kategori Keluarga dan Ketegori Bujang.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibawah pakej rangsangan ekonomi, bayaran BSH diawalkan untuk membantu ekonomi negara berikut wabak Covid19. Setiap penerima BSH juga layak mendapat bayaran tembahan Rm150. Bayaran akan dibuat dengan bank in akaun dan ewallet pada bulan MEI.