Bayaran Fasa Pertama dan tarikh kemaskini BSH 2020

Berita baik, menurut kenyataan media dari Kementerian Kewangan Malaysia, Bantuan Sara Hidup 2020 akan diteruskan dan diperkasakan bagi menolong kesejahteraan rakat untuk tahun 2020. Berikut adalah maklumat terbaru BSH untuk tahun 2020.

Bayaran fasa pertama bermula 20 Januari 2020

Bayaran Fasa Pertama BSH akan bermula pada 20 Januari 2020 , pada hari Isnin untuk kategori Isi rumah.  Bayaran sejumlah RM 300 untuk fasa satu akan diberi kepada mereka yang layak untuk mendapat bantuan kewangan BSH.  Peruntukan sejumlah 1 billion akan digunakan untuk membantu 3.8 juta penerima yang layak untuk BSH fasa pertama. Untuk mereka yang tidak mempunya akuan bank, bayaran hanya akan bermula pada bulan Feb.

Kemaskini dan permohonan BSH 2020

Tarikh untuk Kemaskini BSH akan bermula 1 Feb hingga ke 15 Mac 2020. Untuk kategori baru seperti bujang yang berumur 40 ke atas haruslah membuat permohonan baru. Penerima BSH yang lulus untuk tahun 2019 dinasihati untuk membuat kemaskini data dan maklumat peribadi untuk menerima BSH 2020.

Bayaran untuk Kategori Bujang dan OKU akan dibuat secara sekaligus di Fasa kedua. Buat masa ini tiada maklumat baru untuk fasa kedua dan ketiga untuk penerimaan BSH.  Untuk tahun 2020 , kerajaan juga akan mengunakan data pengkalan data seperti pemilikan kereta dari agensi kerajaan lain sebagai tapisan supaya hanya golongan B40 mendapat saluran bantuan.

Sila ke laman rasmi BSH untuk membuat permohonan , semakan ataupun kemaskini BSH untuk tahun 2020