BKSS , Bantuan Khas Sarawakku Sayang

BKSS Bujang sudah mula masuk bermula 15 Disember 2021 !

 

 

Semakan Kelulusan BKSS 6.0

Semakan sudah boleh dibuat di laman Rasmi BKSS mulai penghujung Julai 2021.

Laman utama semakan adalah https://bkss.sarawak.gov.my/

Pemohon hanya perlu masukkan no Kad Pengenalan ke dalam laman BKSS untuk membuat semakan

Bantuan Khas Sarawakku Sayang

 

KIR

RM 250  sebulan , untuk 6 bulan bermula Julai sehingga 31 Disember 2021

Pemohon isu rumah akan menerima RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan sehingga 31 Disember 2021.

 

Bujang

RM 500  One off untuk Bujang , individu berumur 21 tahun ke atas  berpendapatan RM 2,000 ke bawah B40

Bayaran RM500 sekali akan dibuat untuk kategori bujang yang layak

 

Apakah Itu BKSS ?

BKSS ataupun  Bantuan Khas Sarawakku Sayang adalah bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat dibawah kelemutan ekonomi berikutan wabak Covid-19. Kelayakan BKSS adalah berdasarkan senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dibuat di mana mana cawangan BSN.  Untuk sebarang pertanyaan BKSS boleh dibuat di laman https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat/ ataupun TaliKhidmad 555999 ataupun emel di 555999@sarawak.gov.my

 

BKSS 6.0

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg,  telah meluluskan bantuan BKSS 6.0 sekali lagi untuk tahun 2021. Bajet yang bernilai RM 1.4 billion adalah untuk membantu rakyat Sarawak meneruskan kelangsungan hidup akibat PKP 3.0. Setiap Ketua Isi Rumah B40 Sarawak akan menerima RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan sehingga Disember 2021. Selain dari itu. terdapat banyak lagi inisiatif oleh kerajaan negeri seperti Elaun Khas Barisan Hadapan, Geran Khas berjumlah RM1,5000 , bantuan untuk pengendali bas dan van sekolah berdaftar. Turut mendapat bantuan adalah agensi perlancongan yang berdaftar dan permandu ehailling. 568 operator homestay berlesen pula akan menerima bayaran RM600 one off.

 

Permohonan BKSS

Tiada permohonan diperlukan, kelayakan adalah berdasarkan pangkalan data dari Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan maklumat daripada LHDNM ( Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia)