CARA DAFTAR IBU TUNGGAL, SINGLE MOTHER

Seseorang wanita dikategorikan sebagai ibu tunggal sekiranya berada dalam kumpulan berikut :

  • Telah kematian / kehilangan suami dan membesarkan anak seorang diri
  • Telah bercerai dengan suami dan mendapat hak penjagaan ke atas anak – anak
  • Wanita yang tidak mendapat nafkah dari suami untuk meneruskan kehidupan bersama anak – anak
  • Wanita yang berada dalam proses penceraian
  • Bertanggungjawab menjadi ketua keluarga kerana keadaan suami yang uzur serta tidak mampu memberi nafkah serta memerlukan penjagaan rapi

Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah mudah, tambahan pula perlu membesarkan anak dan menyara keluarga seorang diri. Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal di era globalisasi ini, antaranya adalah :

Cabaran Ekonomi

Bagi wanita yang tidak pernah bekerja atau merupakan seorang suri rumah, situasi ini agak menyukarkan sekiranya telah berpisah atau kematian suami. Peluang pekerjaan agak sukar tambahan pula jika tiada pengalaman dan taraf pendidikan yang setaraf. Sumber kewangan akan menjadi masalah sekiranya golongan ibu tunggal tersebut tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap untuk menyara kehidupan. Golongan ibu tunggal ini juga terpaksa berhadapan dengan masalah penjagaan anak – anak sekiranya keluar bekerja dan ini agak menyukarkan. Ada  juga yang memilih untuk bekerja dari rumah dengan meniaga kecil – kecilan sambil menjaga anak serta suami yang terlantar sakit, namun pendapatan yang diperolehi sangat sedikit dan hanya cukup – cukup makan sahaja.

 

Cabaran Sosial

Seorang ibu tunggal mungkin berhadapan dengan masalah sosial sekiranya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Malah, mungkin dengan mudahnya akan terjebak dengan gejala – gejala sosial yang berlaku di persekitaran akibat kehilangan jati diri, tertekan dengan masalah dan sebagainya. Anak – anak mungkin tidak mendapat perhatian secukupnya dan terbiar tanpa pengawasan dan diancam dengan pelbagai masalah lain.

 

Cabaran Psikologi

Wanita yang secara tiba – tiba kehilangan tempat bergantung akibat kehilangan suami samada berlakunya penceraian atau kematian pastinya berhadapan dengan tekanan perasaan yang tinggi. Tumpuan serta perhatian terhadap anak – anak pastinya tidak dapat diberikan sepenuh hati  membuatkan anak – anak kian terabai dan tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya

Cabaran Berurusan Dengan Mahkamah

Tidak semua orang tahu cara berurusan dengan pihak mahkamah. Bagi wanita yang bercerai, mereka terpaksa berulang alik ke mahkamah bagi menyelesaikan kes penceraian, tuntutan nafkah dan sebagainya. Ada sesetengah wanita yang tidak mengetahui prosedur mahkamah serta tidak mengetahui hak – hak mereka. Keengganan bekas suami memberi nafkah anak – anak turut menyukarkan keadaan.

Kerajaan Malaysia hari ini begitu memahami serta prihatin terhadap kesukaran serta isu yang terpaksa dihadapi oleh para ibu tunggal yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan dan sebagainya. Justeru, pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyeru agar ibu tunggal yang masih belum mendaftar di dalam sistem pangkalan JPW agar membuat pendaftaran segera. Pendaftaran dengan pihak JPW sebagai ibu tunggal memberi peluang kepada golongan ini mendapat bantuan dari kerajaan. Bagi yang belum mendaftar, boleh memilih salah satu kaedah pendaftaran iaitu secara manual atau online.

 

Cara Mendaftar 

  • Sekiranya ingin mendaftar secara online, pemohon boleh melayari laman web rasmi JPW iaitu di http://iwanita.jpw.gov.my 
  • Bagi yang ingin membuat pendaftaran secara manual boleh mendaftar di cawangan pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) berhampiran, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dengan mengisi Borang JKM 18
  • Setiap permohonan perlu 
  • diisi dengan lengkap dan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan / MyKid anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil penceraian / kematian
  • Surat pengesahan rawatan dari mana – mana hospital atau klinik kesihatan (jika berkaitan)
  • Salinan penyata pendapatan atau surat pengesahan majikan / surat pengesahan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
  • Laporan dari pelbagai agensi lain yang berkaitan (PDRM/AADK/Penjara)
  • Satu bil utiliti samada bil elektrik / air / telefon / Astro untuk pengesahan alamat
  • Pengesahan rawatan dari doktor sekiranya berkaitan

 

Kelebihan Mendaftar Bagi Ibu Tunggal

Bagi ibu tunggal yang mendaftar di dalam sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat, beberapa kemudahan boleh dinikmati oleh golongan ini antaranya :

  • Bantuan e-Kasih
  • Program iSuri KWSP
  • Bantuan Geran Pelancaran GP
  • Skim Bantuan Kredit / Pinjaman NGO
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Kanak – Kanak

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati melalui portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di http://www.kpwkm.gov.my / talian telefon 03 – 8000 8000 / faks 03 – 8323 2045