Cara Membuat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Rayuan BPN dilanjutkan hingga 31 Mei

Mengikut taklimat khas Perdana Menteri, tempoh rayuan untuk BPN telah dilanjutkan hingga ke 31 Mei 2020. Ini berikut aduan dan rungutan orang yang gagal menerima bayaran.

Rayuan BPN

Rayuan boleh dibuat di cawangan LHDN , secara emel ataupun secara online di laman rasmi LHDN

Sudahkah anda membuat semakan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh pihak Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan melalui laman web rasmi BPN ? Jika sudah membuat semakan, apakah status permohonan anda, samada Lulus, Tidak Lulus, Tiada Rekod atau Tidak Layak ? Jika status anda lulus, tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, sekiranya status anda Tidak Layak atau Tiada Rekod, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan atau permohonan baru.

Bagi yang berstatus Tidak Lulus, namun memiliki cukup syarat untuk menerima BPN, anda berpeluang untuk membuat rayuan. Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui portal rasmi BPN. Berikut disertakan cara untuk membuat rayuan BPN dengan mudah.

 

Borang Rayuan BPN

Borang Rayuan boleh dimuat turun dari

https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BorangRayuanBantuanPrihatinNasional(kemaskini01).pdf

 

Senarai Dokumen Sokongan yand diperlukan

1 )Pemohon sebagai pasangan di permohonan yang sama

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin / Sijil Cerai bagi mengesahkan Maklumat pasangan
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

2) Pasangan telah memohon sebagai Ibu Bapa Tunggal /Bujang 

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Cerai / Kahwin / Kematian / dokumen pendaftaran perceraian

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

3) Kahwin dengan maklumat perkahwinan yang sama  

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

4) Kahwin dengan maklumat perkahwinan yang berbeza   

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

5) Kahwin dengan maklumat pasangan yang sama   

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin / Cerai / Kematian

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

6)  Pasangan telah memohon  

i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Cerai / kahwin / kematian / dokumen pendaftaran perceraian

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

7) Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap

i. Borang Permohonan BPN
ii. Dokumen pengenalan diri pasangan
iii. Sijil Kahwin / dokumen pertalian
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

8) Pasangan meninggal dunia

i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN
ii. Sijil Kematian

 

9) Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon 

i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN
ii. Pemohon perlu kemukakan MyKad untuk semakan semasa permohonan bagi penentuan kelayakan umur

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

10) Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM 8,000  atau RM 4,000

i. Bekerja sendiri – Borang Rayuan/Pengakuan BPN
ii. Bekerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan slip gaji terkini
iii. Berhenti kerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan surat majikan atau lain-lain dokumen sokongan

 

11)  Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar 

i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN dan
ii. Bukti tamat belajar; atau

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

 

12)  Maklumat pengenalan pemohon berbeza dengan semakan agensi 

i. Borang permohonan baharu BPN
ii. Salinan MyKad pemohon

Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi
penentuan kelayakan

 

13)  Pemohon / Pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi  

i. Borang Rayuan/Pengakuan BPN;
ii. Dokumen pembatalan/ pembubaran/penutupan syarikat atau lain-lain dokumen sokongan (jika ada)

 

14)  Pemohon meninggal dunia (status sebenar masih hidup)  

i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN dan
ii. Salinan MyKad / laporan polis

 

 

 

 

Rayuan BPN

  • Sebelum membuat rayuan, pastikan anda telah memiliki akaun BPN terlebih dahulu dengan ID dan kata laluan yang sah
  • Layari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my atau laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di https://www.hasil.gov.my
  • Isi nombor kad pengenalan pemohon, kod captcha yang tertera dan tekan butang Semak
  • Salah satu status permohonan berikut akan dipaparkan samada Tiada Rekod, Lulus, Tidak Lulus atau Tidak Layak
  • Bagi yang berstatus Tidak Lulus, tetapi menepati syarat atau kriteria yang ditetapkan, anda boleh membuat rayuan 
  • Anda perlu log masuk akaun BPN dan klik pada butang Permohonan Rayuan
  • Nyatakan alasan rayuan anda
  • Sistem akan memaparkan Permohonan Rayuan yang anda hantar secara online
  • Anda boleh klik pada butang Papar Rayuan untuk melihat status rayuan yang dihantar
  • Lengkapkan permohonan rayuan secara online sebelum 30 April 2020
  • Sekiranya anda mendapat status Tidak Layak, permohonan rayuan tidak perlu dilakukan kerana pemohon tidak memenuhi syarat / kriteria yang ditetapkan
  • Bagi yang berstatus Tiada Rekod, anda perlu membuat Permohonan Baru dengan klik pada butang Permohonan Baru sebaik sahaja selepas membuat semakan permohonan

 

Maklumat Lanjut Mengenai BPN

Anda boleh menghubungi pihak LHDNM menggunakan salah satu medium berikut sekiranya terdapat sebarang persoalan : 

  1. Live Chat HASiL
  2. Facebook LHDNM iaitu https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter di https://twitter.com/LHDNMofficial
  3. Talian LHDNM : 1-800-882-747 / 03-8911 1000 (Ahad hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  4. Talian Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Ahad hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  5. Emel MoF : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  6. Telegram Mof : MOF PRE 2020
  7. Borang Maklum Balas LHDNM di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
     

Tarikh permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 April 2020 hingga 30 April 2020 pada bila – bila masa sahaja sepanjang bulan April ini. Kesesakan trafik laman web rasmi BPN mungkin agak sesak, jadi anda perlu mencari masa yang sesuai untuk membuat rayuan BPN anda.