Cara Membuat Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH)

 

Semakan Rayuan

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pembayaran BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 akan dibayar mulai 24 Julai 2020 kepada penerima yang berjaya. Seperti sebelum ini, kaedah pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan atau penerima yang tidak memiliki akaun bank boleh menunaikannya di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Bayaran akan dibuat berdasarkan permohonan yang telah diluluskan mengikut kategori BSH yang merangkumi jumlah bilangan anak tanggungan serta baki wang bantuan yang akan diterima. Pada fasa 3 ini, sebanyak RM 3.0 bilion telah diperuntukkan dan ia akan dibayar kepada 4.28 juta penerima yang turut merangkumi sebanyak 0.53 juta kategori bujang (40 hingga 59 tahun) dan juga sebanyak 3.75 juta isi rumah. Walau bagaimana pun, terdapat segelintir pemohon gagal mendapat BSH ini dan mereka boleh mengemukakan rayuan bagi mendapatkan Bantuan Sara Hidup (BSH) ini.

 

Cara Membuat Rayuan BSH 2020  

Bagi yang tidak berjaya mendapat Bantuan Sara Hidup 2020, anda masih boleh membuat rayuan dengan hanya melakukan beberapa langkah berikut :

 

Rayuan Secara Atas Talian (kod tertentu sahaja) 

 

  • Layari laman web rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my
  • Klik butang Rayuan
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik butang Carian
  • Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai

 

 

Rayuan Secara Manual Menggunakan Borang

  • Muat turun borang permohonan rayuan BSH melalui laman web rasmi BSH; atau
  • Dapatkan dari cawangan pejabat LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

 

 

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan, pastikan pemohon berada di dalam salah satu kategori berikut:

 

 Kategori Isi Rumah

  • Telah berkahwin; atau
  • Merupakan Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang (termasuk OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

 

Kategori Bujang

  • Belum berkahwin / Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Berumur :
    1. 40 tahun dan ke atas; atau
    2. 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

 

Tarikh Semakan Status Rayuan BSH Fasa 3

Status rayuan BSH boleh diketahui selepas tarikh tutup rayuan iaitu selepas 6 September 2020 dan akan dimaklumkan oleh pihak LHDNM. Semakan boleh dibuat melalui salah satu cara berikut : 

  • Melalui portal rasmi BSH 
  • Melalui aplikasi Mobile BSH
  • Menghubungi talian LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu pejabat: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Talian Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu pejabat: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Berkunjung ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM berhampiran

 

Kod Tidak Lulus BSH 2020

Pastikan anda menyemak kod tidak lulus BSH terlebih dahulu bagi memudahkan proses membuat rayuan. Antara kod yang tertera di dalam sistem adalah seperti berikut :

 

 

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkenaan rayuan BSH ini boleh diajukan kepada pihak sekretariat melalui salah satu medium berikut :

  • Hantarkan sebarang persoalan ke alamat emel : bsh@treasury.gov.my
  • Sebarang surat – menyurat boleh dihantar ke Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya