Dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menterim Warganegara yang terjejas secara langsung akibat wabak COVID-19 boleh memohon bantuan RM100 sehari bagi seluruh tempoh mereka dikenakan perintah Perintah Pengawasan dan Permerhatian bagi kontact Covid-19. Bantuan RM100 sehari adalah untul seluruh tempoh dibawah Perintah Pengawasan dan Permerhatian atau menjalani rawatan di hospital di bawah KKM bagi merawat wabak Covid-19. Bantuan ini hanya diberi sekali dan bukan untuk rawatan COVID-19 yang berulang.
Kelayakan dan Syarat
- Warganegera Malaysia sahaja
- Hilang sumber pendapatan dan tidak dibayar gaji di tempoh Perintah Pengawasan dan Permerhatian bagi kontact Covid-19 di bawah Sekyen 15(1) Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
- Mereka yang bekerja tetapi hilang pendapatan apabila tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital bagi merawat wabak COVID-19
Bantuan ini bukan untuk warganegara lain dan mereka yang tidak pempunyai pekerjaan sebelum Perintah Pengawsan dan Permerhatian. Mereka yang mempunyai gaji dan pendapatan dalam tempoh pengawasan dan pemerhatian , ataupun dalam tempoh rawatan di wad hospital tidak layak untuk mendapat bantuan ini.
Bayaran akan dimasukan terus kepada akaun bank penerima yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap dan yang layak. NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan
atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan
Cara membuat Permohonan
- Download borang permohan di Bantuan_Khas_COVID19 rujuk pada Lampiran A , B dan C
- Semua permohonan dan dokumen sokongan hendaklah lengkap dan dipos kepada
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Block D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p.: Sekretariat KWABBN)
Dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan
- Salinan kad pengenalana (Salinan diakui sah)
- Dokumen KKM (Salinan diakui sah)
- Borang akaun kehilangan pendapatan (dokumen asal)
- Salinan Penyata Bank ( Salinan diakui sah)