Cara Memohon e-Kasih EKasih Online

Sistem eKasih telah diperkenalkan sejak tahun 2007 lagi. Ia merupakan sebuah pangkalan data yang mengumpul data keluarga miskin di negara ini. Data yang diperolehi akan digunakan bagi membolehkan pihak kerajaan membuat perancangan, melaksanakan serta memantau program yang dianjurkan oleh Unit ICU, Jabatan Perdana Menteri Malaysia bagi membasmi kemiskinan di Malaysia.

 

EKasih menyimpan segala maklumat peribadi individu, program yang pernah disertai oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan juga Ahli Isi Rumah (AIR) serta bantuan yang pernah diterima. Malah, sistem eKasih turut merekod setiap permohonan bantuan yang pernah dibuat serta turut memantau keberkesanan program yang pernah disertai mereka.

 

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Setiap permohonan perlu memenuhi syarat dan kelayakan berikut :

  • Setiap isi rumah mestilah berpendapatan di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa seperti yang ditetapkan
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pendapatan Garis Kemiskinan merupakan pendapatan keseluruhan yang diperolehi seisi rumah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukur tanda aras kepada status kemiskinan. 
  • PGK yang digunakan adalah PGK tahun 2016 di mana Ketua Isi Rumah berpendapatan bulanan RM 1500 ke bawah (bandar) atau RM 1000 ke bawah (luar bandar) adalah layak membuat permohonan

 

Cara Memohon eKasih

  • Terdapat dua cara permohonan iaitu secara manual atau online
  • Bagi permohonan secara dalam talian, ia boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  1. Klik butang Pendaftaran dan klik butang Borang Pendaftaran Kemiskinan (Ringkas)
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  3. Klik butang Hantar
  • Bagi pendaftaran secara manual, ia boleh dibuat melalui Pejabat Daerah / Jabatan Pembangunan Persekutuan / Pejabat Pembangunan Persekutuan yang berhampiran atau membuat laporan kemiskinan melalui emel rasmi / surat kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Pemimpin Tempatan
  • Pegawai dari Pejabat Daerah akan membuat siasatan dan akan datang ke rumah pemohon bagi memastikan pemohon layak mendapat eKasih atau tidak

 

Status Daftar eKasih

Terdapat 4 status daftar eKasih iaitu seperti berikut :

  1. Disahkan : Telah dibanci
  2. Disemak : Dalam proses banci
  3. Ditolak : Tidak layak dibanci
  4. Baru / Daftar Terbuka : Permohonan baru

 

Semakan eKasih

Setelah membuat pendaftaran, pemohon boleh membuat semakan secara dalam talian seperti berikut : 

  • Layari laman web rasmi di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Klik Untuk Carian
  • Status pendaftaran / permohonan akan dipaparkan
  • Pemohon juga boleh membuat semakan dengan menghubungi sekretariat eKasih di ICU JPM atau Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan  

 

Maklumat Lanjut 

Makluma lanjut boleh diperolehi melalui laman web rasmi eKasih di https://ekasih.icu.gov.my.