Cara Memohon Telefon Pintar Percuma B40

 

Inisiatif belajar dari rumah dibawah YTL foundation

https://ytlfoundation.org/learnfromhome/

Semakan

Semakan untuk telefon bimbit percuma telah dibuka , orang ramai yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan di

https://lcs.yes.my/

 

Pada 7 April 2020 yang lalu, Yayasan YTL Foundation telah membuat pengumuman bahawa pelajar sekolah rendah atau menengah yang memenuhi kriteria adalah layak menerima bantuan telefon pintar percuma. Program anjuran Yayasan YTL Foundation ini merupakan program Inisiatif Belajar dari Rumah atau juga dikenali sebagai Learn from Home Initiative. Telefon pintar percuma ini diberikan bersama kad SIM YES 4G bersama 120GB data.

Kemudahan telefon pintar percuma ini diberikan oleh Yayasan YTL Foundation dan juga YTL Communications kepada golongan pelajar B40 yang tidak mempunyai telefon pintar dan data internet bagi meneruskan pembelajaran dari rumah. Pelbagai ilmu pengetahuan serta latihan dapat diperolehi melalui telefon pintar ini. Bagi memudahkan pemberian telefon pintar percuma ini kepada pelajar yang layak, guru sekolah perlu memainkan peranan dalam hal ini. Kerjasama guru dalam memastikan calon pelajar yang layak menerima telefon pintar percuma ini adalah sangat penting. Ia bagi mengelakkan nama pelajar tercicir seterusnya menyebabkan pelajar tersebut gagal menerima bantuan telefon pintar percuma ini.

 

Cara Memohon Telefon Pintar Percuma B40

Setiap permohonan perlu dibuat melalui guru sekolah sebagai wakil pelajar menggunakan maklumat seperti berikut :

  1. Nama Pelajar
  2. Nombor Kad Pengenalan Pelajar
  3. Nombor kad pengenalan Guru
  4. Nama dan Nombor Kad Pengenalan Ibubapa

 

  • Muat turun borang permohonan dari laman web https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
  • Hanya guru sahaja yang akan menentukan atau mencalonkan senarai pelajar yang layak untuk menerima bantuan telefon pintar beserta data

 

Kriteria Pencalonan

Permohonan mencalonkan nama pelajar mestilah dibuat melalui guru sekolah dengan syarat guru tersebut mestilah memenuhi kriteria seperti berikut : 

  1. Guru tersebut mestilah sedang berkhidmat di sekolah rendah atau sekolah menengah 
  2. Calon pelajar sedang bersekolah di sekolah yang sama dengan guru yang mencalonkan nama
  3. Pelajar berasal dari golongan keluarga B40
  4. Setiap pencalonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS dan emel kepada ibubapa pelajar dan guru

Proses Pendaftaran

  • Pencalonan yang berjaya akan dimaklumkan kepada ibu bapa pelajar.
  • Ibu bapa pelajar perlu membuat pendaftaran sendiri bagi mendapatkan telefon pintar bersama 10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan
  • Bagi melengkapkan proses pendaftaran,  dokumen berikut perlu dimuat naik semasa membuat pendaftaran sebagai pengesahan dan bagi mengelakkan sebarang penipuan:
  1. Salinan MyKad atau MyKid pelajar
  2. Salinan MyKad ibubapa
  3. Dokumen yang membuktikan pelajar dari golongan keluarga B40, contohnya Surat Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Ibubapa akan menerima satu notis makluman melalui emel berkenaan penghantaran telefon sebaik sahaja maklumat pendaftaran berjaya disahkan
  • Adalah sangat penting segala maklumat yang diberikan semasa membuat pendaftaran adalah betul dan tepat bagi memudahkan proses pendaftaran dilakukan
  • Notifikasi e-mel berkenaan penghantaran telefin akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan. Agar proses pendaftaran berjalan lancar, maklumat yang diisi hendaklah dipastikan betul dan lengkap.

Kelebihan Program Belajar Dari Rumah

  • Pelbagai bahan pembelajaran percuma yang boleh diakses dan ia menepati kurikulum Malaysia 
  • Terdapat kuiz ulangkaji percuma yang boleh dimuat turun menggunakan aplikasi FrogPlay. Ia dapat menguji pengetahuan pelajar serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Setiap kuiz meliputi kesemua subjek teras yang dicipta oleh syarikat penerbitan Teach For Malaysia dan Pelangi
  • Setiap minggu terdapat kandungan tambahan untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi Tahun 1 hingga Tingkatan 5

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/