Panduan ini adalah untuk golongan yang tidak mempunyai akaun bank, blacklist , muflis ataupun mengalami status “Gagal Kredit” semasa proses pembayaran wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Proses “Gagal Kredit” boleh terjadi akibat masalah seperti nombor akaun bank yang tidak tepat ataupun akaun bank sudah tidak aktif. Nombor baucar sudah mula masuk secara berperingkat ke akaun BPN, penerima BPN boleh mengunakan no baucar dan kad pengenalan penerima untuk mendapat wang BPN dari Cawangan BSN.
Tarikh tutup untuk menuntut wang dari BSN adalah 31 Disember 2020.
Cara membuat semakan Nombor baucar Bank Simpanan Nasional (BSN)
Untuk langkah pertama anda perlu mencari nombor boucher BSN di laman BPN https://bpn.hasil.gov.my/ Sila membuat semakan , selepas itu klik di bahagian “Paparan Maklumat Bayaran” . Untuk memdapat maklumat bayaran, anda perlu mendaftar akaun BPN di laman itu. Sila jawab soalan dari laman BPN.
Sila menjawap dengan betul. Akaun anda akan disekat kalau jawapan itu salah. Anda hanya boleh menghubungi LHDN, atau pergi ke cawangan LHDN untuk membuka sekatan di akaun BPN. Soalan adalah berdasarkan pangkalan data dari BSH , BR1M dan JPN
Anda hanya boleh mendaftar akaun BPN selepas menjawab semua pertayaan dari laman BPN. Untuk pendaftaran akaun, sila jawap semua soalan untuk pendaftaran bersertakan dengan Kata kunci Keselamatan dan Kata Laluan ataupun Password untuk akaun BPN.
Kata Kunci Keselamatan
Boleh letak apa apa sahaja
Kata Laluan
Kena letak kekuatan tinggi simbol, nombor , contoh
abcABC123!@3
abc123ABC!@#
sitiSITI!@#123
Selepas akaun BPN sudah berjaya didaftar, penerima BPN boleh login masuk kedalam sistem dan membuat Paparan Maklumat Bayaran untuk mendapat no baucar. Nombor baucar akan keluar secara berperingkat bermula 17 April 2020.
No Baucar BSN akan dipaparkan pada laman BPN. Sila cetak ataupun “screenshot” nombor ini untuk membuat tuntutan di kaunter BSN.
Bank Simpanan Nasional yang beroperasi untuk Pembayaran BPN
Selepas mendapat no baucar, sila membawa Kad Pengenalan Penerima dan No Baucar untuk mengambil wang dari cawangan BSN yang beroperasi. Laman untuk cawangan BSN dan waktu operasi boleh disemak di sini ataupun laman rasmi Bank Simpanan Nasional. Bayaran BSN akan bermula 17 April 2020.
Tututan oleh Waris
Waris juga boleh membuat tuntutan wang BPN bagi pihak penerima. Wakil/Waris haruslah sama seperti yang didaftarkan di laman BPN. Waris juga mestilah mempunyai hubungan and terdiri dari Ibu/Bapa, Pasangan, Anak , Adik-beradik ataupun Cucu penerima BPN. Untuk penerima yang sudah meningal dunia sila kemukakan, Sijil Kematian Penerima, Kad Pengenalan Penerima/Wakil.