Permohonan Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula pada 1 April. Bantuan ini menglibatkan golongan M40 dan B40.
Perlukah kamu membuat permohonan?
Anda tidak perlu membuat permohonan sekiranya
- Penerima BSH yang sudah berdaftar
- Pembayar cukai pendapatan
Permohonan perlu dibuat sekiranya
- Anda belum pernah berdaftar dengan BSH
- Anda bukan pembayar cukai pendapatan
- Anda memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai.
Untuk golongan B40 yang sudah mendapat bantuan BSH, mereka akan mendapat bantuan BPN. Untuk Golongan M40, kelayakan adalah berdasarkan senarai pembayaran cukai pendapatan. Semakan boleh dibuat pada laman rasmi LHDN selepas 1 April 2020. Permohonan baru juga boleh dibuat pada 1 April 2020 bagi mereka yang belum berdaftar ataupun mereka yang memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai.
Kelayakan BPN
Isi rumah
Berkahwin
- Ibu bapa tunggal, balu,janda,duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020
- Pendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah untuk bantuan RM 1,600
- Pendapatan isi rumah RM 4,0001 ke RM 8,000 untuk bantuan RM 1,000
Bujang 21 tahun ke atas
Bujang, ibu bapa tunggal, balu janda duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020
- Pendapatan bujang RM 2,000 ke bawah untuk bantuan RM 800
- Pendapatan bujang RM 2,001 ke RM 4,000 ke bawah untuk bantuan RM 500
Bayaran BPN
Terdapat dua fasa bayaran BPN iaitu bayaran pertama pada akhir bulan April dan bulan Mei 2020. Bayaran akan dimasukan terus kepada ketua isi rumah akaun Bank yang layak. Bayaran boleh dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional jika penerima tidak mempunyai akaun bank ataupun jika bayaran gagal dikredit.
Laman permohonan
Laman rasmi permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Anda dinasihati untuk memohon di laman sesawang rasmi LHDN dan bukanya dengan pihak ketiga bagi mengelakan penipuan.
Permohonan dan Semakan boleh dibuat pada portal rasmi berikut
Talian hotline LDHN BSH (1-800-88-2747) telah berhenti operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya akan bermula operasi pada 30 Mac 2020. Pertayaan boleh dibuat pada bsh@treasury.gov.my , pre2020@treasury.gov.my