e-Kasih merupakan sistem pangkalan data keluarga miskin yang mengandungi pelbagai maklumat kemiskinan yang terdiri dari profil individu, senarai program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan, permohonan bantuan serta pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang telah diterima. Sistem ini juga diwujudkan bagi memudahkan pihak kerajaan membuat perancangan, melaksanakan serta memantau program kemiskinan yang dilaksanakan.
Data yang terdapat dalam sistem e-Kasih juga akan digunakan untuk bantuan skim KWSP suri rumah iaitu sebanyak RM 480 setahun seperti pengumuman yang telah dibuat semasa Belanjawan 2019 yang lalu.
Syarat Permohonan e-Kasih
- Pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (KIR) mestilah kurang dari RM1,500 sebulan bagi kategori bandar atau RM1,000 sebulan bagi luar bandar
- Data yang terdapat dalam e-Kasih akan dipadankan dengan data dari agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan kepada yang benar – benar layak
- Data yang terdapat dalam sistem e-Kasih merupakan maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu seperti berikut :
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Alamat tempat tinggal
- Pekerjaan
- Pendapatan
Cara Membuat Permohonan e-Kasih
Permohonan boleh dibuat secara atas talian iaitu melalui portal rasmi di https://e-kasih.icu.gov.my.
Kelebihan sistem e-Kasih
Sistem e-Kasih membolehkan beberapa perkara dilakukan secara online iaitu:
- Membuat semakan status kemiskinan
- Membuat penyelarasan maklumat bantuan
- Mengemaskini maklumat kemiskinan
- Membuat kiraan Status Kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
- Menjana laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
- Walau bagaimana pun, hanya pengguna berdaftar sahaja akan diberikan akses berdasarkan kategori yang dibenarkan sahaja
Senarai Kemudahan Sistem e-Kasih
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh sistem e-Kasih iaitu seperti berikut :
- Membuat pendaftaran secara online bagi Ketua Isi Rumah (KIR), Ahli Isi Rumah (AIR) serta bantuan agensi dan pengguna
- Permohonan bantuan dilakukan secara online tanpa terhad kepada kepada satu agensi sahaja
- Memantau impak bantuan yang diberikan
- Membuat pelbagai analisis dalam bentuk carta, jadual dan pemetaan
- Perkongsian maklumat
Kategori Pengguna e-Kasih
Pengguna sistem e-Kasih terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Pengguna awam – pengguna boleh melayari portal rasmi e-Kasih tanpa menggunakan ID dan kata laluan
- Pengguna berdaftar – pengguna mempunyai ID dan kata laluan pengguna dan hanya boleh akses sistem e-Kasih berdasarkan kategori yang dibenarkan sahaja
Setiap kelulusan penyaluran bantuan adalah bergantung kepada maklumat pemohon dan juga tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan. Namun, ianya mestilah memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi pemberi bantuan.
Maklumat Lanjut
Pemohon e-Kasih boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.ekasih.icu.jpm.gov.my atau menghubungi talian 03-8000 8000 atau melalui emel di pertanyaan@icu.gov.my.