Cara semak status bayaran BPN (Bantuan Prihatin Nasional)

 

Kelulusan Status Permohonan Baru

Status untuk permohonan baru boleh disemak dan rayuan untuk BPN. Semakan boleh dibuat di laman rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/

 

Bayaran Permohonan Baru

Bayaran permohonan baru dan rayuan akan dibuat pada 15 Mei 2020. Pengkreditan terus akan bermula secara berperingkat.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membazir masa beratur untuk menyemak status bayaran untuk Bantuan Prihation Nasional (BPN) kerana status bayaran untuk BPN boleh disemak dengan pengunaan laman BPN #dudukRumah #PKP. Risiko penularan Wabak-19 juga dapat dikurangnya jika kamu kurang bersama orang ramai yang beratur untuk menyemak status bayaran fasa 1 BPN. Setakat ini bayaran sudah bermula untuk Bank Simpanan Nasional ,Maybank.  Bayaran ini adalah untuk pendaftaran secara automatik BSH dan M40 yang berjaya sahaja.

Bagi mereka yang tidak mempunyai online banking ataupun tiada akaun bank boleh menyemak status bayaran anda dengan langkah di bawah.

Untuk membuat semakan status pembayaran sila ke halaman utama BPN di

Laman Rasmi BPN

https://bpn.hasil.gov.my

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat permohonan di laman rasmi BPN sahaja

 

Masukan nombor kad pengenalan pemohon ke dalam sistem BPN. Sila jawap captcha ataupun security code , kemudian click butang Semak .

 

Status Kredit

Berjaya Kredit

Ini adalah untuk pemohon yang lulus BPN sahaja. Duit sudah masuk ke akaun pemohon BPN. Ini adalah untuk permohonan secara automatik BSH ataupun LHDN. Jika anda mempunyai status yang berlainan kerana wang belum masuk ke bank pemohon.

 

Bagi permohonan yang telah lulus tetapi bayaran belum masuk akaun bank.  Status “Berjaya Kredit” tidak wujud. Anda tidak perlu beratur atau berulang alik ke bank untuk membuat semakan.

 

Pembayaran BPN fasa1 akan masuk terus kepada penerima BPN secara berperingkat mengikut kategori bantuan dan bank yang digunakan oleh pemohon. Untuk permohonan baru ataupun rayuan anda perlu menunggu keputusan dari LHDN.  Antara alasan kegagalan permohonan BPN adalah jumlah pendapatan ada lebih dari kelayakan Bantuan Prihatin Nasional.