Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang Tempoh PKP

Rakyat Malaysia pada masa ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid – 19 yang sedang menular di seluruh negara. Justeru, pihak kerajaan yang sememangnya prihatin dengan situasi semasa negara telah membuat satu pengumuman yang menarik buat seluruh masyarakat yang berada di negara ini. Pada tarikh 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kemudahan internet diberikan secara percuma sepanjang tempoh PKP ke-1 iaitu mulai 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Ia diumumkan semasa perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) yang diadakan pada 27 Mac 2020. Kemudahan ini dapat dinikmati mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Setiap hari, pengguna talian telco akan menikmati internet percuma sebanyak 1GB dan pengguna perlu membuat penebusan berdasarkan telco masing – masing. Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk menebus internet 1GB percuma, berikut disertakan cara – cara menebus berdasarkan talian telco yang dilanggani.

Digi

  • Para pelanggan Digi Prepaid boleh menebusnya melalui laman web Digi iaitu di http://www.digi.com.my atau aplikasi MyDigi, log masuk ke akaun dan klik butang Get di laman Box of Surprise. Pengguna juga boleh menebusnya melalui SMS dengan mendail kod UMB iaitu *128*88# dan tekan butang Call.
  • Para pelanggan Digi Postpaid pula boleh menebusnya menggunakan aplikasi MyDigi dan menebusnya di ruangan MyDigi Rewards. Pengguna juga boleh menebusnya melalui SMS dengan mendail kod UMB iaitu *238*88# dan tekan butang Call.
  • Kemudahan internet percuma ini akan diperbaharui secara automatik sepanjang tempoh PKP.

 

 

Celcom

  • Kesemua pelanggan Celcom samada pelanggan prabayar, pascabayar dan perniagaan akan menerima kemudahan internet ini secara automatik mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan akan diperbaharui secara automatik setiap hari. Tiada sebarang rollover bagi internet yang tidak digunakan.

 

 

Onexox (Onexox Prepaid, Black dan Nusantara Mobile)

  • Pengguna hanya perlu mendail kod UMB iaitu *150#, tekan More dan pilih Daily Free 1GB dan tekan Redeem Now. Penebusan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diperbaharui secara automatik. Internet percuma yang tidak dihabiskan akan dilups selepas jam 6.00 petang setiap hari.

 

 

TuneTalk

 

  • Sebelum membuat penebusan, pastikan akaun anda masih aktif bagi menikmati kemudahan internet percuma ini. Pengguna hanya perlu menghantar SMS STAYHOME dan hantar ke nombor 2222. Satu notikasi akan diterima bagi pengaktifan yang berjaya dan internet 1GB diberikan secara automatik setiap hari.

 

 

UMobile

  • Pengguna boleh menebusnya melalui aplikasi MyUMobile atau mendail kod UMB seperti berikut :
  1. Pengguna prabayar : Dail kod *118*6# dan pilih Special Offer
  2. Pengguna pascabayar : Dail *118*7# dan pilih Special Offer

 

 

Maxis

  • Pelanggan Maxis perlu membuat penebusan data internet percuma secara harian kerana ia tidak diperbaharui secara automatik. Cara membuat penebusan adalah seperti berikut :

 

    1. Pengguna Maxis Postpaid dan pengguna Maxis Business : Menggunakan aplikasi Maxis. Klik Get More Data dan pilih Free 1GB / Day Pass yang terdapat pada bahagian Time Based Pass
    2. Pengguna Hotlink Postpaid – Menggunakan aplikasi Hotlink. Klik Get More Data dan pilih Free 1GB / Day Pass yang terdapat pada bahagian Time Based Pass

 

  • Pengguna Hotlink Prepaid – Menggunakan aplikasi Hotlink. Klik pada Homepage Banner dan pilih Free 1GB / Day Pass. Ia juga boleh ditebus melalui tab Shop

 

  • Bagi pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Business Postpaid, Hotlink Postpaid, masa penebusan adalah sepanjang hari manakala bagi pelanggan Hotlink Prepaid, masa penebusan boleh dilakukan mulai jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang.
  • Bagi pelanggan Hotlink Postpaid & Fibre, pelanggan akan menerima pas 30GB dengan tempoh sah selama 30 hari dan ianya hanya boleh ditebus sekali sahaja sepanjang tempoh PKP.

Kemudahan internet yang diberikan secara percuma ini merupakan inisiatif kerajaan bagi mengelakkan rakyat Malaysia berada di luar rumah tanpa keperluan yang mendesak sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Ia bagi memutuskan rangkaian wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh negara.