Data Percuma 1GB tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut sumber dari Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia , semua pelangan pascabayar dan prabayar untuk pelangan Celcom,Digi ,Maxis dan U-Mobile akan mendapat internet percuma 1GB sehari dari 8 pagi hingga 6 tengahari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Kerjasama usaha ini adalah tanggungjawab pihak indusri bagi memastikan setiap rakyat kekal berhubung dan dapat mejalankan tugas dengan lancar dari rumah.  Jumlah sumbangan nilai Internet ini adalah lebih daripada RM600 juta dan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh PKP.

Malaysia telah mencatatkan peningkatan ketara kes Covid-19 untuk 26 MAC 2020 dengan 2031 kes posifit. Sebanyak 215 pesakit telah sembuh sepenuhnya dengan 24 kematian. Kerajaan Malaysia juga telah melanjutkan PKP kepada 14 April 2020.

Selangor mempunyai pencatatan rekod tertingi untuk kes positif dengan 510 kes , Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan kes kedua tertingi dengan 339 kes. Bermula dari Mac 27 hingga ke April 9, kawalan pegerakan di  Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam akan diperketatkan PKPD) berikut peningkatan tinggi kes Covid-19 di kawasan tersebut. Semua pergerakan keluar masuk untuk kawasan tersebut akan disekat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan dan keperluan asas kepada masyarakat di kawasan tersebut.  Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dalam tempoh 2 minggu.