Kemaskini untuk GKP RM500 mulai 6 – 20 Disember 2021 untuk penerima yang berstatus Gagal Kredit
Setakat 24 November
Bayaran untuk GKP 4.0 fasa kedua sudah mula diterima oleh mereka yang layak. Semakan kelulusan & bayaran boleh dibuat di laman rasmi GKP.
GKP 4.0 Fasa 2 mula dibayar 23 November ini. Bantuan akan disalurkan terus kepada penerima yang layak berdasarkan maklumat pembayaran yang sebelumnya. Semakan untuk GKP 4.0 Fasa 2 boleh dibuat bermula 22 November. Seramai 1 juga pengusaha PKS dijangka akan mendapat feadah dari bantuan GKP ini.
Kemaskini Maklumat GKP dibuka dari 7 Oktober hingga 21 Oktober 2021. Kemaskini ini dibuka kepada invidu yang berstatus gagal kredit sahaja. Kemaskini hanya boleh dibuat dalam atas talian
Bayaran GKP 4.0
Bayaran GKP 4.0 RM1,000 akan dibuat dalam 2 fasa. RM 500 akan dibayar pada fasa 1 bermula 21 September secara berperingkat manakala Baki RM 500 akan dibayar pada bulan November pada tarikh yang akan ditetapkan.
Fasa 1 RM500
Bulan September
Fasa 2 RM500
Bulan November
Permohonan GKP 4.0
Permohonan GKP 4.0 telah dibuka mulai 15 Julai hingga 21 Julai 2021 untuk PKS yang belum pernah menerima bantuan GKP sebelum ini.
Bayaran untuk Geran Khas Prihatin (GKP) akan dilanjutkan. GKP akan diperbaiki dan bayaran tambahan akan diberikan kepada mereka yang layak. Mereka yang layak akan mendapat RM500 pada bulan Sep 2021 , dan RM500 pada bulan Nov 2021. Kerajaan berharap dengan pembayaran GKP 4.0 , perushaan kecil mikro akan mendapat manfaat dari bantuan ini. Perniagaan seperti kedai gunting rambut , workshop mendapat manfaat dari aliran tunai GKP ini.
Bagi mereka yang belum pernah mendaftar, boleh membuat pendaftaran pada pertengahan bulan Julai 2021.
Kerajaan telah menyediakan pelbagai geran bagi membantu para usahawan serta peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana sejak tahun lalu. Kebanyakan usahawan terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak ianya melanda sehinggakan perniagaan tidak dapat diteruskan seperti biasa. Pihak kerajaan begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh golongan usahawan, oleh itu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 pula diperkenalkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 ini, kerajaan akan memberikan bayaran tambahan sebanyak RM 1000 dan ianya akan dibayar mulai September (RM 500) dan November (RM 500). Kesinambungan bayaran tambahan ini berikutan pihak kerajaan menyedari kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh para usahawan semasa mendepani pandemik Covid-19 ini. Pendaftaran untuk GKP 4.0 akan mula dibuka pada pertengahan Julai dan bagi yang belum pernah mendapat geran bolehlah membuat pendaftaran setelah ianya dibuka.
Usahawan PKS mikro yang layak memohon geran ini termasuklah pemilik bengkel, pengusaha kedai gunting rambut, kedai bakeri dan kek serta pusat penjagaan kesihatan. Adalah dianggarkan seramai 1 juta usahawan bakal menerima geran ini. Dengan adanya geran ini, para usahawan PKS mikro dapat melancarkan aliran tunai perniagaan serta dapat mengurangkan tanggungan bulanan yang terpaksa dihadapi. Justeru, ia juga dapat meneruskan kelangsungan perniagaan di kalangan peniaga kecil terutamanya yang langsung tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.