Geran Khas Prihatin

Bayaran kedua GKP 3.0

Ramai orang sudah menerima bayaran kedua GKP 3.0 RM500 mereka mulai 12 Julai 2021.

 

 

8 Jun 2021

Ramai pemohon GKP permai sudah mendapat bayaran pertama mereka

 

Kadar GKP ditambahkan RM500 kepada RM 1,500

 

Kelayakan untuk GKP 3.0

  • Belum pernah menerima GKP sebelum ini

 

Kemaskini GKP permai dibuka dari 15 Feb hingga 15 Mac

Kemaskini untuk GKP sudah boleh dibuat di portal rasmi GKP bagi pemohon yang mempunyai perubahan maklumat pembayaran GKP.

 

 

 

 

 

Menurut menteri Kewangan Tengku Zafrul, hampir 50,000 PKS ( Perusahaan Kecil Sederhana) akan menerima bayaran rayuan GKP mereka pada 5 Febuari 2021. Semakan rayuan boleh dibuat di laman rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/. Bayaran ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon yang berjaya dalam rayuan GKP mereka. Pembayaran telah diluluskan dengan peruntukan RM155 juta.

 

GKP tambahan Permai RM 1,000 one off.

Di bawah Perutusan Khas Pakej Permai pada 18 Januari, YAB Perdana Menteri mengumumkan Pakej tambahan GKP akan diperluaskan untuk perusahaan kecil sederhana di tujuh negeri di bawah PKP.  Sejumlah 500,000 PKS dijangkan mendapat RM 1,000 one off di bawah GKP tambahan. Perutukan sejumlah RM650 juta disalurkan untuk GKP PERAMI. Jika ada perubahan dimana negeri negeri berubah menjadi zon merah dan diistiharkan PKP , kerajaan bersedia membantu negeri tersebut dengan menyalurkan bantuan serta merta.

 

Soalan Lazim GKP tambahan

GKP permai diberikan kepada mereka yang lulus GKP 1.0 dah GKP 2.0, tambahan RM1,000 one off untuk negeri dibawah PKP. GKP akan dibayar bulan Mac tahun ini mengikut maklumat pembayaran GKP 1.0 & 2.0

 

 

 

Dokumen Rayuan GKP

Kod Alasan Tidak Lulus GKP 2.0
 
Kod 01 (Tidak Beroperasi Pada 2020)
  • Pemohon menyatakan perniagaan tidak beroperasi pada tahun 2020.
Kod 02 (Jualan = 0 atau Jualan > = 300k)
  • Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000.00 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan.
Kod 03 (Jualan > = 300k)
  • Jualan melebihi RM 300,000.00 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi.
Kod 04 (Tidak Wujud Agensi)
  • Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Kemungkinan kesilapan teknikal berlaku.
Kod 05 dan 06 (Pekerja > = 5 Orang)
  • Jumlah pekerja melebihi 4 orang.
Kod 07 (Entiti Perniagaan Lebih 1)
  • Perniagaan melebihi satu permohonan.

 

Geran Khas Prihatin yang dilancarkan kerajaan merupakan bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (GKP).  Ia bertujuan membantu meringankan bebanan kewangan syarikat PKS mikro di seluruh negara yang terjejas akibat Covid-19 dengan anggaran seramai 700,000 syarikat akan memperolehi manfaat geran tersebut. Ia termasuklah penjaja pasar malam, peniaga kecil dan sebagainya. Kadar bantuan yang diberikan melalui Geran Khas Prihatin ini adalah sebanyak RM 3,000 dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2.1 bilion bagi menyalurkan bantuan ini. Pembayaran RM 3,000 akan dibayar secara one-off kepada penerima.

 

Syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Menjalankan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dengan kriteria berikut:
  1. Jumlah pendapatan jualan tahunan mestilah kurang daripada RM 300,000 dan
  2. Jumlah pekerja mestilah kurang dari 5 orang dan tidak termasuk pemilik
  • Mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum1 September 2020
  • Masih menjalankan perniagaan secara aktif semasa permohonan dibuat
  • Semakan silang data akan dilakukan bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia

 

Cara Memohon

Tarikh baru  permohonan 1 Oktober 2020

  • Layari laman web rasmi di https://gkp.hasil.gov.my/
  • Klik butang Geran Khas Prihatin (GKP)
  • Masukkan No. Kad Pengenalan / MyKad klik butang Permohonan Baharu
  • Borang Permohonan Geran Khas Prihatin akan dipaparkan
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap termasuklah maklumat perniagaan
  • Klik butang Teruskan untuk meneruskan proses permohonan
  • Masukkan kod Captcha yang tertera dan klik butang Sahkan Captcha
  • Pastikan anda tick pada Akuan Pengesahan sekiranya bersetuju dengan syarat – syarat yang disenaraikan
  • Setelah berjaya membuat permohonan, anda akan diberi pilihan samada untuk mendaftar akaun GKP bagi tujuan log masuk sistem atau tidak
  • Sekiranya tidak mahu mendaftar akaun GKP, klik butang Tidak, sekiranya anda memilih untuk mendaftar akaun GKP, klik butang Ya dan teruskan langkah selanjutnya

 

 

 

Cara Mendaftar Akaun GKP

  • Anda akan dibawa ke skrin pendaftaran akaun GKP
  • Pada paparan skrin ini, anda perlu mendaftar Frasa Keselamatan terlebih dahulu
  • Pilih lima soalan keselamatan beserta jawapan anda yang terdiri dari huruf dan nombor sahaja (tiada sebarang simbol atau aksara dibenarkan)
  • Klik butang Teruskan sekiranya anda telah selesai mendaftar Frasa Keselamatan
  • Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan, klik butang Kembali untuk pergi ke skrin sebelumnya
  • Daftar kata laluan bagi tujuan Log Masuk dan klik butang Hantar
  • Pendaftaran akaun anda telah selesai dan anda boleh Log Masuk akaun GKP anda menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan

 

 

Cara Log Masuk 

  • Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
  • Klik butang Semak
  • Pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda
  • Tekan butang Ya jika betul, sebaliknya tekan butang Tidak jika bukan milik anda
  • Masukkan kata laluan yang betul dan klik butang Log Masuk
  • Setelah Log Masuk, anda boleh membuat semakan permohonan GKP anda

 

Status Permohonan

Terdapat empat status permohonan iaitu :

  • Permohonan Diterima : Pemohon baru membuat permohonan dan telah berjaya dihantar
  • Dalam Proses : Sistem telah menerima permohonan dan di dalam proses semakan dan pengesahan dari agensi
  • Lulus : Permohonan telah diluluskan dan pembayaran akan dikreditkan  ke akaun yang didaftarkan semasa permohonan
  • Tidak Lulus  : Pemohon tidak layak menerima bantuan

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat yang diperlukan mengenai Geran Khas Prihatin ini boleh diperolehi melalui medium berikut :

  • Talian telefon i) Hasil Care Line 03 – 89111000 atau 03 – 89111100 (luar negara)
  • Laman web LHDNM di http://www.hasil.gov.my
  • Facebook LHDNM
  • Twitter LHDNM

 Permohonan adalah dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 yang dilakukan secara atas talian. Tiada sebarang permohonan secara manual dibenarkan. Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020 ke akaun bank pemohon yang layak.