Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Kerajaan Malaysia telah membuat satu pengumuman yang cukup menggembirakan buat para pemilik Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang masih menjalankan perniagaan secara offline atau manual. Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menawarkan syarikat PKS dengan Geran Padanan Pendigitalan PKS bernilai sehingga RM 5,000 sebagai salah satu inisiatif mendigitalisasikan perniagaan mereka. Geran ini membolehkan para peniaga mempertingkatkan serta memperluaskan perniagaan mereka dengan penggunaan elemen – elemen digital seperti laman web, e – dagang dan sebagainya.

 

Geran Padanan Pendigital PKS yang diperkenalkan oleh kerajaan ini juga membolehkan urusniaga yang dahulunya dilakukan hanya secara offline atau manual, kini boleh dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Jualan Elektronik (e-POS) dan Pemasaran Digital seperti Facebook Ads /  Google Ads. Malah, sistem Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP) dan Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM) yang boleh digunakan dalam urusan perniagaan membantu melancarkan proses kerja harian secara digital yang lebih efisien.

Kementerian Kewangan Malaysia, selain melantik Bank Simpanan Nasional sebagai peneraju utama turut melantik Kumpulan SME Bank serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk sama – sama turut serta bagi menjayakan inisiatif ini.

 

Ciri – ciri Geran Padanan Pendigitalan PKS myBSN

  • Jumlah maksimum geran adalah sebanyak RM 5,000 atau sebanyak 50 % dari jumlah invois
  • Produk digital mestilah yang disenaraikan oleh pihak MDEC

 

Jenis Perkhidmatan Pendigitalan

Sebanyak tujuh jenis perkhidmatan yang boleh dipilih iaitu seperti berikut :

  1. Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)
  3. Pemasaran Digital / Jualan
  4. E – Perolehan
  5. Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6. Remote Working atau Kerja Jarak Jauh
  7. E – Dagang

 

Syarat – Syarat Kelayakan

Setiap permohonan perlulah memenuhi kriteria berikut :

 

  1. Setiap syarikat yang memohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia
  2. Syarikat mestilah berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia dan mestilah diklasifikasikan sebagai PKS
  3. Telah beroperasi tidak kurang dari satu (1) tahun
  4. Syarikat yang baru beroperasi selama satu tahun mestilah mempunyai jumlah jualan minimum sebanyak RM 100,000.00 untuk tahun semasa
  5. Syarikat yang telah beroperasi lebih dua tahun pula mestilah mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.00 bagi dua tahun sebelum secara berturut 

 

Cara Membuat Permohonan 

  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun dari laman web myBSN iaitu di https://www.mybsn.com.my/

 

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan ke mana – mana cawangan bank yang berhampiran atau emelkan  ke pihak bank beserta dokumen sokongan yang diperlukan

 

  1. Pemohon perlu melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan bagi melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel)

 

Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan perlu dilengkapi dengan dokumen sokongan seperti berikut :

 

  • Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah lengkap
  • Salinan kad pengenalan atau pasport samada Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi (yang mana berkenaan)
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM / Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau borang yang berkaitan di bawah Akta Syarikat 2016)
  • Laporan kewangan beraudit bagi tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan semasa (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika berkaitan)
  • Penyata terkini bank syarikat untuk dua (2) bulan 
  • Profil PKS (sekiranya ada)
  • Sertakan samada invois / resit pembayaran serta perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada syarikat pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan dari masa ke semasa

 

Penghantaran Permohonan Melalui Emel

Sekiranya pemohon tidak dapat menghantar borang permohonan ke mana – mana cawangan Bank yang berhampiran, pemohon boleh menghantarnya melalui emel di salah satu alamat emel berikut mengikut negeri :

  • Johor     – SMEDigitalizationGrantJohor@bsn.com.my
  • Kedah     – SMEDigitalizationGrantKedah@bsn.com.my
  • Kelantan     – SMEDigitalizationGrantKelantan@bsn.com.my
  • Melaka     – SMEDigitalizationGrantMelaka@bsn.com.my
  • N.Sembilan     – SMEDigitalizationGrantNegeriSembilan@bsn.com.my
  • Pahang     – SMEDigitalizationGrantPahang@bsn.com.my
  • Perak     – SMEDigitalizationGrantPerak@bsn.com.my
  • Pulau Pinang      – SMEDigitalizationGrantPulauPinang@bsn.com.my
  • Sabah     – SMEDigitalizationGrantSabah@bsn.com.my
  • Sarawak     – SMEDigitalizationGrantSarawak@bsn.com.my
  • Selangor     – SMEDigitalizationGrantSelangor@bsn.com.my
  • Terengganu     – SMEDigitalizationGrantTerengganu@bsn.com.my
  • W.P. Kuala Lumpur – SMEDigitalizationGrantKualaLumpur@bsn.com.my
  • Micro HQ     – SMEDigitalizationGrantIbuPejabat@bsn.com.my

 

Setiap syarikat PKS yang berjaya memperoleh Geran ini perlu membuat bayaran jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois setelah amaun subsidi ditolak dan perlu mengemukakan bukti pembayaran kepada mana – mana cawangan bank. Sebaik sahaja bukti pembayaran dikemukakan, pihak bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan samada secara penuh atau secara berperingkat.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut yang diperlukan berkaitan Inisiatif Pendigitalan PKS / Geran Padanan Pendigitalan PKS ini boleh didapati dengan menghubungi pihak BSN (Bank Simpanan Nasional) di talian 1-300-88-190 / SME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad) di talian 03 – 2603 7700. Pemohon juga boleh follow Facebook BSN Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini.