Geran RISDA RM20,000

Pekebun Kecil RISDA turut terkesan dengan kadar harga komoditi getah di pasaran yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19. Situasi ini pastinya menimbulkan keresahan tatkala pendapatan yang diterima tidak menentu. Sebagai langkah menangani permasalahan ini, pihak RISDA telah memperkenalkan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang menggalakkan Pekebun Kecil menceburi bidang keusahawanan bagi sumber pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi.

Pihak RISDA telah membuat perancangan serta pelan tindakan baru yang lebih berkesan bagi mempertingkatkan serta memperbaiki taraf sosio – ekonomi para Pekebun Kecil. Melalui program ini, Pekebun Kecil dijangka bakal memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000 sebulan menjelang tahun 2020. Transformasi ini difokuskan kepada empat bidang utama iaitu Perkhidmatan, Makanan, Pembuatan dan Pertanian. Dengan adanya Program AET ini diharap dapat meningkatkan pendapatan keluarga serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan pada Pekebun Kecil.

 

Syarat dan Kriteria Kelayakan  

  • Mestilah merupakan Pekebun Kecil berwarganegara Malaysia atau samada isteri / suami / anak mengikut Daftar Banci RISDA 
  • Diutamakan kepada pemohon dari kumpulan B40
  • Berpengalaman, minat serta berkemahiran dalam bidang yang ingin diceburi
  • Berkeupayaan melaksanakan projek sepenuh masa
  • Mestilah sanggup menghadiri kursus atau latihan samada jenis kemahiran, teknikal atau kemantapan diri yang ditentukan oleh pihak RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek
  • Bagi projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup), hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak memohon

 

 Kadar Bantuan

  • Had maksimum bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan adalah sebanyak RM20,000 bagi setiap keluarga Pekebun Kecil (semua bidang)
  • Had maksimum bantuan tambahan bagi penerima AET sebelum tahun 2016 adalah sebanyak RM10,000

 

Borang Program Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET)

Senarai borang yang perlu diisi bagi Program Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) boleh dimuat turun dari laman web RISDA menggunakan pautan berikut :

 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Permohonan AET 
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil 
  • Salinan Dokumen Geran Tanah & No. SIC
  • Senarai Peralatan/Mesin/Bhn Mentah Beserta Sebutharga 
  • Kertas Kerja Pelan Perniagaan 
  • Softcopy Slide Pembentangan Projek ( Power Point )

 

Hampir 70 peratus Pekebun Kecil terkesan dengan pandemic Covid19 di mana pendapatan yang diperoleh agak berkurangan. Kekangan kewangan yang dihadapi serta peningkatan harga barang semasa Covid19 sememangnya membebankan rakyat yang terlibat. Peranan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi golongan pekebun kecil akan memberi kesan dan impak yang besar kepada pembangunan negara. Malah, usaha kerajaan bukan sekadar memberi bantuan kewangan namun turut memantau setiap aktiviti pergerakan golongan ini sehingga berjaya. Seharusnya pekebun kecil yang menerima bantuan dari pihak kerajaan boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan menceburi pelbagai potensi lain dan tidak bergantung harap terhadap pendapatan hasil dari tanaman getah semata – mata.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022 / 03-4257 6726 atau emelkan kepada webmaster@risda.gov.my.