Hadiah Galakan IPT (HGipt) Cara Permohonan dan Semakan

Anak – anak jati Sarawak yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah sangat bertuah kerana kerajaan negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak menyediakan Hadiah Galakan ke IPT (HGipt). Insentif yang diberikan ini sebagai salah satu galakan kepada para pelajar untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. HGipt ini dilihat sebagai salah satu langkah kerajaan Sarawak dalam membantu mengurangkan kos pengajian di peringkat awal pelajar semasa memulakan sesi pengajian di IPT.

 

Pelajar – pelajar yang selayaknya menerima Hadiah Galakan IPT ini adalah terdiri dari pelajar yang berada dalam keluarga kategori B40 di Sarawak. Pemberian ini adalah sangat sesuai diberikan bagi menampung kos keperluan bagi pelajar melanjutkan pelajaran.

 

Kadar Bantuan HGipt

Pemberian bantuan HGipt adalah berdasarkan kategori berikut :

  • Pengajian dalam Sarawak: RM1,000.00
  • Pengajian luar Sarawak : RM1,500.00

 

Tarikh Permohonan HGipt

Permohonan secara online adalah dibuka sepanjang tahun dan tiada sebarang tarikh tutup permohonan

 

Kriteria dan Syarat Kelayakan Permohonan HGipt

  • Pemohon merupakan anak jati Sarawak dan merupakan warganegara Malaysia 
  • Terbuka kepada kepada pelajar untuk semester 1 sahaja
  • Mestilah sedang mengikuti pengajian sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu
  • Ibu bapa atau penjaga pelajar berpendapatan perkapita sebanyak RM1,500.00 dan ke bawah
  • Hanya meliputi pengajian di peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan sahaja

 

Cara Membuat Permohonan HGipt

  • Layari laman web rasmi Yayasan Sarawak di https://yayasansarawak.org.my/
  • Klik ‘Permohonan Atas Talian’ dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon
  • Kemudian klik butang Next
  • Lengkapkan maklumat berikut bagi tujuan pendaftaran
  1. No. telefon bimbit
  2. Emel
  3. Kata laluan
  4. Petunjuk kata laluan
  5. Soalan keselamatan
  6. Jawapan keselamatan

 

 

  • Pastikan anda telah menanda ‘/’ pada kotak I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy

 

  • Taip kod captcha yang tertera klik butang Register
  • Setelah selesai mendaftar akaun, log masuk ke akaun untuk membuat permohonan
  • Klik butang Hantar setelah selesai membuat permohonan
  • Hantar salinan dokumen ke Yayasan Sarawak bagi melengkapkan proses permohonan

 

Senarai Salinan Dokumen Yang Diperlukan

Setiap permohonan HGipt perlu disertakan dengan beberapa salinan dokumen dan perlu dihantar ke pejabat Yayasan Sarawak sekiranya menghadapi kesukaran memuat naik dokumen di dalam sistem. Setiap dokumen adalah perlu disahkan terlebih dahulu dan senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Salinan surat tawaran pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi
    2. Salinan MyKad pelajar dan ibu bapa
    3. Salinan Sijil SPM / Sijil UEC / Sijil Matrikulasi / O Level
    4. Salinan struktur yuran pengajian (IPTS sahaja)
    5. Salinan slip gaji atau penyata pencen ibu bapa
    6. Surat pengesahan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri atau tiada pendapatan)
    7. Resit pembayaran yuran pendaftaran 
  2. MyKad penjamin

 

Maklumat Lanjut  

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Yayasan Sarawak di talian 082 – 441686 atau melalui emel iaitu ys@yayasansarawak.org.my. Pemohon juga boleh datang ke pejabat Yayasan Sarawak di Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,93050 Kuching, Sarawak pada setiap hari waktu pejabat.