Apa itu i-Sayang ?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam proses untuk mengwujudkan program baru i-Sayang yang akan dilancarkan suku pertama 2022. i-Sayang diwujudkan untuk menaik taraf kualiti kehidupan rakyat secara khususnya pencarum KWSP. Mengikut CEO KWSP Ahmad Badri Zahir , kemudahan i-Sayang akan membenarkan pencarum untuk memindahkan 2% caruman dari suami ke isteri pencarum. Antara kemudahan lain adalah membenarkan pengeluaran akaun 2 bagi membeli insurans hayat dan penyakit kritikal dengan KWSP.
Pemindahan 2% dari akaun pencarum suami ke isteri adalah secara sukaerla. Menurut CEO KWSP Ahmad Badri Zahir lagi , KWSP juga membuat initisiatif untuk mengkaji pembayaran caruman oleh sektor gig dan informal di Malaysia. Disamping itu, KWSP sedang menkaji mekanisma untuk menaikkan caruman majikan melebihi 11% , menurut beliau pada persidangan ISWC tahun ini, yang dianjurkan oleh KWSP dan Kemenenterian Kewangan Malaysia.
Kemudahan
- Memindahkan 2% dari akaun suami ke akaun isteri
- i-Lindung, Pengeluaran akaun 2 untuk membeli insurans dari KWSP.