i-Sinar , pengeluaran wang KWSP akaun 1

Bayaran i-Sinar November

Pembayaran i-Sinar bulan OGOS

Bayaran i-Sinar OGOS diawalkan kepada 26 & 27 Julai 2021

Pembayaran i-Sinar bulan Julai

Permohonan i-Sinar tamat pada 30 Jun 2021.

 

 

Semakan Pindaan i-Sinar

Semakan Pindaan i-Sinar sudah boleh dibuat di laman rasmi i-Sinar

Bayaran Mac i-Sinar

Cara membuat pembatalan i-Sinar

Bagi anda yang ingin membuat pembatalan pengeluaran, anda boleh membuat pembatalan melalui i-Sinar Online. Nantikan informasi terkini berkenaan i-Sinar yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa! Sekiranya anda membuat pembatalan i-Sinar, tiada lagi permohonan baru boleh dibuat.

 

 

Cara kemaskini atau membuat pindaan jumlah atau maklumat pengeluaran i-Sinar

Pemohon dinasihatan untuk memastikan jumlah yang di pinda adalah tepat kerana hanya satu kali pindaan boleh dibuat. Oleh itu, tidak payah untuk tergopoh membuat pindaan.

 

Sebelum membuat pindaan ,pastikan anda faham bahawa

  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
    1. Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
    2. Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
    3. Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

 

  1. Pilih Pindaan Pengeluaran

 

2.Login masuk mengikut maklumat permohonan, Sahkan Nombor TAC

 

3. Pilih amaun dimohon, Gerakan slide untuk membuat pindaan

 

4. Skrol ke bahagian bawah, sahkah pindaan. Permohonan pindaan akan diproses dalam 5 hari bekerja

 

 

Untuk makluman, pembayaran bagi permohonan i-Sinar yang dibuat ??????? ?? ???????? ????, akan dibuat secara berperingkat ??????? ? ??? ????.

 

Terbaru permohonan tanpa kriteria akan bermula 8 Mac ini

 

Contoh situasi ahli.

 

 

 

Bayaran i-Sinar, Febuari bermula

Pemohon i-Sinar kategori 1 sudah mula mendapat bayaran fasa 2 mereka untuk bulan Febuari

Pembayaran Interim

Pengkreditan amaun untuk akaun bank bergantung kepada prosedur bank.

 

Bayaran Interim RM1,000 Kategori 2 telah bermula 26 Januari ini

Apakah maksud bayaran interim ? Bagi Kategori 2 yang memuat naik dokumen sokongan dan membuat pengesahan kendiri akan mendapat wang interim RM1,000 walaupun mereka tidak memenuhi kriteria untuk permohonan i-Sinar Kategori 2.  Jika anda layak , pengeluaran i-Sinar seterusnya akan dibuat.

 

Kategori 2

Permohonan Kategori 2 sudah dibuka, Untuk permohonan kategori 2, pastikan anda menghantar dokumen sokongan bagi mengbuktikan pengurangan pendapatan sekeluruhan melebihi 30%. . Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021, oleh itu, mereka yang berminat dinasihatkan untuk tidak terlalu mengelabah untuk membuat permohonan. Masih ada masa untuk mengumpul dokumen sokongan.

Sediakan

  • Slip atau penyata gaji SEBELUM 12 bulan daripada tempoh permohonan dan Slip atau penyata gaji SELEPAS pengurangan gaji
  • Surat Pengesahan pemotongan gaji dari majikan
  • Sebarang dokumen sokongan pemotongan gaji

Permohon boleh mengunakan telefon pintar mereka untuk mengambil gambar dokumen sokongan. Sila pastikan dokumen anda adalah jelas sebelum membuat penghantaran. Pastikan semua ayat adalah jelas dan kemas dan boleh dilihat.

 

Contoh Dokumen yang Tidak Jelas dan Jelas

 

 

Cara muat naik dokumen sokongan

 

 

 

Cara membuat Semakan permohonan i-Sinar

Semakan i-Sinar sudah kini boleh dibuat di laman rasmi i-Sinar. Tarikh tutup permohonan i-Sinar adalah 30 Jun 2021

 

Semakan boleh dibuat dengan laman yang sama semasa membuat permohonan. Klik di bahagian butang “SEMAK STATUS” untuk membuat semakan.

 

  1. Langkah pertama, Layari https://isinar.kwsp.gov.my/  pilih  “Semak Status Permohonan

 

2. Masukkan maklumat yang digunakan semasa membuat permohonan. Maklumat yang diperlukan adalah No Mykad dan No telefon bimbit. Pastikan kedua dua maklumat ini adalah sama seperti yang didaftarkan. Jika salah langkah ini, dan maklumat tidak tepat, akan keluar “Permohonan anda tiada dalam rekod”

Untuk No Kod, adalah 3 digit pertama no telefon. 3 Digit pertama perlu dipilih , dan seterusnya hanya perlu diisikan

Kemudia Klik “saya bukan robot” , dah klik “semak status”

 

 

3. Status untuk permohonan akan dipamerkan

 

 

4. Status permohonan akan dipamerkan di laman i-Sinar

 

 

 

Jika status keluar “Permohonan Sedang Diproses” , ini bermakna anda tergolong dalam kategori 2. Anda perlu memohon semula pada 11 Januari 2021

 

 

Dokumen Sokongan yang diperlukan untuk kategori 2

  • Slip Gaji
  • Surah pengesahan dari Majikan
  • Penyata bank
  • Notis Pemotongan Elaun, OT ataupun komisyen

 

Cara membuat pendaftaran i-Sinar

Pastikan

Nombor Telefon boleh menerima nombor TAC dari KWSP. Jika tidak , kena kemasini di kiosk ataupun Cawangan KWSP.

Layari laman http://isinar.kwsp.gov.my/  dengan mengunakan telefon bimbit sahaja. Buat masa ini tiada orang yang dapat mendaftar dengan Komputer. Masukkan No kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan

 

2. Masukkan no OTP yang diterima dari SMS. Click sahkan OTP

 

Pilih Jumlah yang hendak dikeluarkan dari akaun1.

 

Pastikan semua maklumat wang pengeluaran adalah tepat. Click pengesahkan maklumat pengeluaran. Kemudian Klick di butang teruskan

Klik di butang pengakuan dan pengesahan. Kemudian Klik saya bukan robot

 

Tanniah permohonan anda berjaya dihantar. Status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.

 

2 Kategori baru di perkenalkan untuk pengeluaran KWSP

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

 

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

 

 

 

 

 

i-SINAR MEMBOLEHKAN 2 JUTA AHLI TERKESAN MENGAKSES AKAUN 1

KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000

 

Walaupun i-Lestari telah dilancarkan pada tahun 2020 berikutan wabak Covid-19 , skim ini telah memafaatkan banyak ahli yang menyumbang caruman KWSP

Di bawah bajet 2021, Kerajaan akan membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP dari akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan (dengan jumlah RM6,000) untuk mereka yang layak. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringkanan beban kewangan bagi 600,000 ahli yang terjejas. Jumlah keseluruhan pengeluaran akaun 1 adalah 4 billion. Ahli yang layak boleh memohon mulai bulan Januari 2021. Dengan mengambil kira pengeluaran i-lestari , jumlah pengeluaran maksima adalah sehingga RM12,000 bagi setiap ahli KWSP.

Selain dari itu, kerajaan juga telah mengurangkan caruman KWSP daripada 11% kepada 9% mulai Januari 201, dimana pendapatan boleh guna negara akan meningkat sehingga RM9.3 billion.

Mulai Januari 2021, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan untuk mengeluarkan wang simpanan caruman mereka di Akaun 1. Keputusan membenarkan pengeluaran ini dibuat oleh kerajaan kerana ingin membantu ahli KWSP meneruskan kehidupan dengan lebih baik semasa Covid-19 ini. Pengeluaran ini dibenarkan untuk ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan semasa berlakunya pandemic Covid-19. Sebanyak RM 500 adalah dibenarkan setiap kali pengeluaran dengan kadar 12 kali setahun. Ini bermakna setiap bulan, ahli dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM 500 sahaja.

Biarpun tujuan utama KWSP ditubuhkan adalah sebagai simpanan hari tua ahli, namun kebenaran pengeluaran yang dibenarkan pada kali ini adalah bagi menampung kehidupan ahli yang tiada sumber pendapatan. Pihak kerajaan sememangnya menyediakan pelbagai bantuan, namun tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli menggunakan wang simpanan KWSP masing-masing bagi tujuan meneruskan kehidupan.

Ahli bolen mencarum semula sebaik sahaja telah mula bekerja dan mencarum KWSP setiap bulan dengan kadar 9 peratus (diturunkan dari 11 peratus). Sebanyak RM 4 bilion akan dikeluarkan bagi memenuhi keperluan ahli KWSP ini yang dianggarkan seramai 600,000 orang. Pengeluaran hanya boleh dibuat mulai Januari 2021 dan cara membuat pengeluaran akan dimaklumkan oleh pihak KWSP nanti.

Kerajaan juga telah membenarkan ahlinya membuat pengeluaran sebanyak RM 500 sebulan sebelum ini. Ia boleh dibuat melalui skim i-Lestari dan turut membenarkan pengeluaran dibuat selama 12 bulan. Jika ahli pernah membuat pengeluaran melalui i-Lestari dan ditambah pula dengan pengeluaran RM 500 selama 12 bulan pada tahun hadapan, kerajaan menganggarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM 12,000 dari akaun KWSP mereka. Walau bagaimana pun, bagi ahli yang baru bekerja dan tidak mempunyai wang caruman yang mencukupi, kadar pengeluaran wang simpanan mungkin berbeza dari yang telah diumumkan oleh kerajaan. Walau apa pun, wang caruman yang dikeluarkan haruslah digunakan di saluran yang betul supaya ianya tidak dibelanjakan di jalan yang salah dan terjebak dengan skim cepat kaya yang tidak menguntungkan.