Insentif RM500 kepada Pemandu E-hailing

Pada 27 Mac 2020 yang lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat buat rakyat Malaysia. Berikutan wabak Covid – 19 yang sedang menular di seluruh dunia, ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020. PKP yang dilaksanakan ini turut memberi impak dalam sumber pendapatan sesetengah golongan termasuklah pemandu e-hailing.

 

Kerajaan sememangnya prihatin terhadap masalah rakyat terutamanya semasa tempoh PKP dilaksanakan, ramai yang hilang sumber pendapatan. Bagi yang bekerja sebagai pemandu e-hailing sepenuh masa, sudah tentu pendapatan mereta turut terjejas memandangkan tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan e-hailing ketika tempoh PKP. Hal ini menyukarkan pemandu e-hailing mendapatkan pendapatan harian kerana perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 aitu sehingga 28 April 2020.

Justeru bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh pemandu e-hailing ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada seramai 120,000 orang pemandu e-hailing secara one-off dengan peruntukan sebanyak RM 60 juta.

Industri e-hailing begitu terkesan kerana perkhidmatan pengangkutan tidak dapat dijalankan dan ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu gara – gara tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini semasa PKP. Pihak pengurusan syarikat e-hailingi seperti Grab menggalakkan para pemandu e-hailing sedia ada untuk beralih kepada perkhidmatan menghantar makanan yang juga dikenali sebagai GrabFood. Inisiatif ini diambil agar mereka dapat mempelbagaikan sumber pendapatan yang terjejas.

 

Syarat – Syarat Kelayakan  

  1. Merupakan pemandu e-Hailing sepenuh masa
  2. Merupakan warganaegara Malaysia
  3. Memiliki Lesen Vokasional (PSV) masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Kenderaan yang dipandu mestilah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-Hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  5. Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM1200 (bayaran tambang kasar) berdasarkan jumlah kutipan tambang untuk tiga bulan berturut iaitu bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020
  6. Tidak menerima sebarang bantuan untuk pemandu Teksi iaitu sebanyak RM 600 di bawah Inisiatf Pakej Ransangan Ekonomi 27 Februari 2020
  7. Sekiranya memiliki pendapatan bulanan kurang dari RM 1200, pemandu tersebut boleh membuat rayuan di portal rasmi APAD mulai bulan Mei 2020
  8. Setiap pemandu e-hailing hanya layak mendapat satu bayaran insentif sahaja walaupun telah mendaftar dan memandu untuk 2 syarikat e-hailing yang berbeza. Sekiranya pemandu e-hailing telah menerima bantuan insentif RM600 bagi pemandu teksi sebelum ini, mereka tidak layak untuk menerima insentif RM500 ini. 

 

Cara Pembayaran

  • Bantuan RM 500 untuk para pemandu e-hailing sepenuh masa akan dibayar mulai 20 April 2020
  • Dana bantuan akan disalurkan kepada pihak pengurusan e-Hailing Operators (EHO) dan pihak pengurusan EHO yang akan membuat pengagihan bantuan kepada pemandu e-hailing yang layak
  • Para pemandu e-hailing boleh membuat semakan kelayakan dengan EHO masing – masing. Sekiranya nama anda tidak tersenarai sebagai penerima, tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan, anda perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan EHO masing – masing dan pihak EHO perlu mengemukakan nama anda kepada APAD

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat pertanyaan atau maklumat lanjut diperlukan, pemohon boleh menghubungi salah satu medium berikut :

 

  • Talian Hotline MOT : 1-800-88-7723
  • Emel Aduan MOT : aduan@mot.gov.my
  • Emel aduan APAD : taxi@apad.gov.my
  • Laman web rasmi : http://www.apad.gov.my dan http://www.mot.gov.my