Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan untuk tahun 2020 pada perbentangan bajet oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Bantuan yang sedia ada adalah kekal , manakala 3 lagi bantuan bantuan baru akan diperluaskan and diperkenalkan. Ini membuktikan bahawa kerajaan adalah prihatin terhadap golongan B40 ataupun golongan yang berpendapatan isi rumah bawah RM 4,000.
RM 300 Kategori Invididu Bujang.
Kategori baru bujang diperkenalkan untuk BSH tahun 2020. Kategori ini adalah untuk mereka yang bujang , berusia 40 ke atas. Invidu ini mestilah berpendapatan Rm 2,000 ke bawah. Ketegori ini akan mendapat bantuan RM 300
Orang Kurang Upaya (OKU)
Satu lagi kategori baru adalah kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Kategori ini adalah untuk mereka yang berstatus OKU. Penerima BSH jugalah perlu berusia 18 ke atas dan berpendapatan RM 2,000 ke bawah.
Kedua dua kategori baru ini akan secara automatik mendapat perlindungan dan menjadi penerima Skim Takaful MySalam.
Skim yang sedia kala akan di kekalkan bagi membantu golongan B40 untuk meringankan kos sara hidup mereka. Selain itu Program lain seperti PSP , Inisiatif Rumah Mampu Milik, Skim Kempen pemilikan rumah akan diwujudkan bagi membantu rakyat memiliki rumah mereka masing masing.
Elaun nelayan juga di pertingkatan kepada RM 250 sebulan.