Kerajaan melanjutkan moratorium sehingga 3 bulan untuk individu yang hilang perkerjaan

Berita baik, di bawah Bantuan Bank Bersasar, Perdana menteri bersama Gobenor bank negara dah Menteri Kewangan akan melanjutkan moratorium sehingga 3 bulan selepas penghujung September, untuk individu yang hilang perkerjaan pada tahun 2020 berikut penularan wabak Covid-19. Bayaran ansuran juga boleh dikurangkan bagi mereka yang mendapat potongan gaji di bawah PKP akibat penularan wabak Covid-19 dengan rundingan bersama pihak bank

Bagi mereka yang menghadapi masalah bayaran balik boleh berunding terus dengan pihak bank untuk mengstrukturkan semula pembayaran balik ansuran mereka dengan bank. Antara bantuan yang ditawarkan adalah untuk membayar faedah sahaja untuk jangka masa yang ditetapkan, memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman untuk mengurangkan bayaran balik bulanan ataupun memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

 

Intipati pengumuman lanjutan Moratorium& Bantuan bank bersasar

  • Individu yang kehilangan pekerjaan dan belum mendapat pekerjaan baru (Lanjutan 3 bulan Moratorium)
  • Individu yang bekerja tetapi gaji terjejas (bayaran ansuran bulanan dikurangkan)