Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM 700

Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk pejawat awam dan pesara

Putrajaya: Berita baik, kerajaan telah mengumumkan bantuan khas bagi kakitangan kerajaan , Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 one off bagi anggota kerajaan Gred 56 yang masih berkhidmad dan ke bawah. Bagi Pesara dan veteran kerajaan yang tidak berpencen pula, mereka akan mendapat bantuan RM 350.

Bantuan ini akan dibayar tahun hadapan , bermula Januari 2023.  Pengumuman ini dibuat pada PICC  pada majlis Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18. Selain dari itu, seramai 1.28 juta pejawat awam juga mendapat peningkatan gaji tahunan dibawah Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) .  Pejawat awam dari Gred 11 sehingga Gred 56 akan menerima kenaikan gaji RM100 bermula Januari 2023.  Peruntukan sejumlah RM1.5billion akan di wartakan untuk tujuan tersebut.

Turut hadir juga Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Kabinet.