KOD O7 TIDAK LULUS BSH 2020

Sejak 24 Julai 2020 yang lepas, ramai pemohon Bantuan Sara Hidup telah berjaya mendapat bantuan secara kredit terus ke akaun bank masing – masing. Namun, terdapat sebilangan kecil yang gagal mendapat kelulusan bantuan. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan tetap membuka peluang kepada pemohon yang tidak berjaya untuk membuat rayuan mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.Terdapat beberapa jenis kod Tidak Lulus BSH 2020 dan antara yang paling popular adalah kod 07. 

Punca Tidak Lulus Kod 07

  • Semakan rekod dengan agensi Kerajaan Malaysia mendapati bahawa pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM 4,000 sebulan 
  • Pekerja bekerja melebihi satu syarikat
  • Pemohon memiliki perniagaan atas nama sendiri

 

Pembuktian Pendapatan

  • Pemohon yang tidak lulus dengan kod 07 tidak perlu membuat sebarang pembuktian pendapatan kerana setiap rekod akan disemak melalui agensi – agensi yang dilantik oleh pihak kerajaan
  • Padanan rekod akan dibuat dengan maklumat yang diberikan oleh pemohon

 

Pemohon tidak perlu membuat rayuan kerana sememangnya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, pemohon masih boleh membuat rayuan sekiranya mempunyai alasan yang tertentu dan kelulusan adalah bergantung kepada semakan rekod bersama agensi kerajaan. Rayuan permohonan BSH boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di cawangan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran.

 

Ciri – ciri Permohonan Tidak Lulus

Pemohon perlu memastikan bahawa mereka tidak mempunyai salah satu ciri berikut sebelum membuat rayuan BSH, antaranya adalah :

  1. Memiliki pendapatan bulanan melebihi RM4,000 
  2. Sedang menetap di luar negara
  3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  7. Pemegang saham / pengarah syarikat
  8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

 

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup ini boleh diajukan kepada pihak sekretariat di talian 1-800-88-2747.