Setelah membuat semakan status permohonan BPR, terdapat sebilangan besar yang telah gagal mendapat BPR. Status semakan turut memaparkan kod tidak lulus sebagai panduan pemohon. Walau bagaimana pun, anda masih boleh membuat rayuan berdasarkan status kod tidak lulus yang berkenaan. Rayuan boleh dibuat mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021.
Berdasarkan permohonan terdahulu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), berikut merupakan beberapa alasan yang menyebabkan permohonan BPR anda GAGAL, antaranya :
- Maklumat pemohon (nama, no kad pengenalan, status kewarganegaraan) tidak sama dengan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Maklumat pasangan (nama, no kad pengenalan, status kewarganegaraan) tidak sama dengan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Maklumat pengenalan anak tidak sama dengan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Hubungan pertalian antara pemohon dengan pasangan / anak tidak sama dengan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pemohon berkategori bujang tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan
- Anak yang berumur melebihi 18 tahun tidak menepati syarat kelayakan sebagai pelajar sepenuh masa
Kod Tidak Lulus Beserta Alasan
Kod 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
Kod 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
Kod 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
Kod 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
Kod 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Tindakan Yang Diperlukan Berdasarkan Kod Tidak Lulus
Pemohon boleh mengambil tindakan berikut sebagai sokongan terhadap rayuan yang
dibuat :
Kod 05
Sertakan dokumen / maklumat pengenalan pasangan yang menjelaskan butiran nama serta no kad pengenalan atau status kewarganegaraan (dokumen asal dan salinan)
Kod 12
Semakan akan dibuat secara terus bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF) dan tiada tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon
Kod 36
Semakan akan dibuat secara terus bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF) dan tiada tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon
Kod 31
Kemaskini maklumat pasangan dan status perkahwinan
Kod 39
Semakan akan dibuat secara terus bersama agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF) dan tiada tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon
Kesimpulan
Sekiranya anda ingin membuat rayuan BPR, pastikan anda menyediakan dokumen sokongan yang lengkap sebagai bukti pengesahan. Rayuan adalah berdasarkan kod tidak lulus yang dipaparkan sahaja.