KOD tidak lulus BPR 2021 dan Dokumen Sokongan yang diperlukan

Tempoh Rayuan BPR

15 Jun hingga 30 Jun 2021

Rayuan BPR 2021 telah dibuka dari 15 Jun hingga 30 Jun 2021.  Pemohon boleh menghantar borang rayuan mereka secara atas talian ataupun secara manual. Oleh kerana Malaysia adalah di bawah PKP buat masa ini, permohonan rayuan secara manual perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Anda boleh membuat E janji temu dengan mengunakan sistem BPR.

Langkah untuk menghantar borang rayuan

Login ke laman BPR terlebih dahulu. Semak kod tidak lulus anda. Untuk membuat rayuan anda perlu menghantar dokumen rayuan berdasarkan “KOD TIDAK LULUS” anda.  Terdapat KOD dimana tiada tidakan boleh diambil ,bermakna tiada rayuan boleh dibuat untuk kegagalan tersebut.  Pemohon hanya boleh menghantar 5 dokumen untuk permohonan rayuan. Setiap fail mempunyai maksima 3MB , dalam bentuk pdf, jpg ataupun png.

 

KOD tidak lulus

Terdapat 39 Alasan untuk kegagalan permohonan BPR. Tidakan yang boleh diambil bersertakan dengan dokumen sokongan boleh dihantar melalui sistem atas talian ataupun secara kaunter. Buat masa PKP 3.0, penyerahan borang permohonan atas kaunter hanya boleh dibuat dengan sistem janji temu BPR.  Untuk tahun ini terdapat lebih 30 KOD tidak lulus BPR.

 

Untuk membuat rayuan secara atas talian

  1. Login Masuk ke dalam sistem BPR
  2. Semak Kod tidak lulus di bahagian Semakan.
  3. Rujuk Kod tersebut , anda akan mendapat alasan dan penerangan bagi KOD TIDAK lulus tersebut
  4. Dokumen sokongan yang diperlukan juga akan dipamerkan di bahagian tindakan.
  5. Balik ke bahagian “Permohonan Rayuan”
  6. Isi maklumat permohon, kemudian muat naik Dokumen yang di perlukan