KWSP 2.0 adalah palsu

Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Kebelakangan ini, terdapat banyak sosial media yang menghebohkan pekara KWSP 2.0.  Walaupun terdapat beberapa pihak NGO seperti Pertubuhan Inovasi Rakyat PGIR, yang sudah memperjuangkan KWSP 2.0 , namun , tidak banyak perkembangan positif dari kerajaan mengenai KWSP 2.0 , setelah pengeluaran KWSP 1.0,  i-Lestari , i-Sinar dan sebagainya.

 

KWSP 2.0 sahih ke tidak?

Buat masa ini ,tiada lagi maklumat rasmi mengenai KWSP 2.0 berdasarkan Kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim. Berikut , adalah maklum balas rasmi mengenai KWSP 2.0 dari pihak KWSP. Oleh itu, segala maklumat mengenai pengeluaran KWSP 2.0 adalah tidak benar.

Ternyata, segala maklumat pengeluaran KWSP2 .0 yang diagihkan di Internet hanya semata-mata untuk mendapat “hits” oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di dalam video yang dipaparkan, langsung  tiada sumber yang sahih,  dan hanya berdasarkan sumber yang boleh di percayai. Orang ramai dinasihatkan, hanya mendapatkan maklumat dari laman rasmi KWSP untuk mengikut apa-apa perkembangan lanjut mengenai pengeluaran KWSP.