Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Khas COVID – 19 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat Malaysia. Ia dikhususkan buat individu / peniaga atau penjaja kecil yang terjejas sumber pendapatan selama tempoh PKP dijalankan supaya golongan ini dapat meneruskan kehidupan tanpa sebarang kesukaran.
Ekoran pelaksanaan PKP, MAIWP merasa bertanggungjawab memberi bantuan kecemasan kepada golongan yang terjejas pendapatan serta tidak menerima sebarang bantuan kewangan bulanan dari pihak MAIWP. Skim bantuan yang boleh dimohon semasa PKP ini adalah Skim Bantuan Kecemasan. Jumlah bantuan yang akan diberikan oleh MAIWP adalah berdasarkan kepada keperluan serta jumlah isi rumah. Syarat permohonan bantuan ini pemohon mestilah berada dan menetap di Wilayah Persekutuan dan telah mengalami putus perbelanjaan kerana tiada sumber pendapatan semasa tempoh PKP ini dilaksanakan.
Cara Membuat Permohonan
Berikut merupakan maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan dan boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp :
- Nama pemohon
- Pekerjaan suami & isteri (jika berkaitan)
- Pendapatan bulanan (terkini)
- Alamat terkini pemohon
- Bayaran sewa rumah (jika berkaitan)
- Maklumat tanggungan (bilangan anak dan umur)
- Tarikh nikah / cerai / pasangan meninggal
- Maklumat berkaitan masalah kesihatan (jika ada)
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan berikut menerusi aplikasi Whatsapp :
- Kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Kad pengenalan / MyKid anak / tanggungan
- Bil air / bil TNB
- Penyata akaun / buku bank / screenshot online banking yang memaparkan maklumat seperti nama serta akaun bank
Nombor Talian Whatsapp
Sebanyak 17 talian hotline diwujudkan bagi memudahkan pemberian Bantuan Zakat Kecemasan #MusaadahCOVID19 ini. Pemohon hanya perlu menghubungi pihak pengurusan melalui mana – mana nombor Whatsapp yang telah ditetapkan mengikut kawasan. Talian whatsapp yang boleh dihubungi bagi membuat permohonan bantuan adalah seperti berikut :
- Kuala Lumpur
0125127614 / 0125183614 / 01165475657 / 01163341373 / 01162542728 / 01162708461
/ 01162656532 / 01159209476 / 01162520935 / 01159359545 / 01165502412 /
01162701809
- Putrajaya
01159496216 / 01163038443
- Labuan
0138514066 / 0138513066 / 0178516066
Bagi melaksanakan pemberian bantuan ini, peruntukan sebanyak RM 3 juta dikeluarkan hasil pungutan zakat yang telah dilakukan oleh MAIWP. Dengan adanya bantuan kecemasan yang diperkenalkan oleh MAIWP ini, golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP ini mampu menarik nafas lega kerana sekurang – kurangnya bantuan yang diberikan dapat meringankan kos sara hidup yang tidak menentu sepanjang PKP ini. Walau bagaimanapun, hanya pemohon yang benar – benar berkelayakan sahaja akan menerima bantuan dari pihak MAIWP.