Dengan kerjasama pihak bank, kerajaan telan mengumuman pelan moratorium untuk semua masyarakat. Moratorium 6 bulan kepada semua peminjam individu dari golongan T20, M40 ataupun B40 dan usahawan mikro. Moratorium ini tiada syarat seperti pengurangan pendapatan ataupun semakan ,dan dokumen sokongan. Permohonan Moratorium tanpa syarat akan dibuka 7 Julai 2021. Pemohon hanya perlu memohon dan menanda tangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan. Perdana Menteri berharap moratorium ini dapat membantu invidu untuk menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini. Perdana Menteri juga menasihati semua untuk mengunakan peluang ini sebaik-baiknya dan tidak menambah komitmen kewangan yang lain.
Kelayakan
- Individu dari B40, M40 ataupun T20
Permohonan akan dibuka 7 Julai ini bergantung kepada bank peminjam. Untuk PKS pula, mereka juga boleh memohon untuk kemudahan ini tertakluk kepada semakan pihak bank.
Cara membuat Permohonan
Moratorium berdasarkan Bank
Laman moratorium adalah berdasarkan moratorium PKP 1.0. Laman ini akan di kemaskini jika ada apa-apa perubahan pada bulan Julai. Permohon juga boleh hadir ke cawangan bank untuk membuat permohonan moratorium.
BSN (Bank Simpanan Nasional) Moratorium 3.0
MORATORIUM SELAMA 6 BULAN TANPA SYARAT
Sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, kerajaan telah memberikan moratorium selama 6 bulan secara automatik kepada semua peminjam. Langkah awal ini telah diambil oleh kerajaan bagi membantu rakyat dan ternyata ianya sangat memberi manfaat. Dalam tempoh enam bulan tersebut, ramai yang berhadapan dengan masalah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Pemberian moratorium yang diberikan sangat berguna kepada para peminjam. Walau bagaimana pun, ianya dihadkan sehingga enam bulan sahaja dan peminjam perlu membuat permohonan lanjutan sekiranya masih berhadapan dengan masalah kewangan.
Apabila menjelang tahun 2021, pandemik Covid-19 ini masih belum berakhir dan kes harian juga meningkat saban hari. Ini menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diteruskan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Memandangkan banyak sektor ekonomi terganggu, maka ramai individu telah mula kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Oleh yang demikian, rakyat menyeru agar pemberian moratorium dapat diberikan kepada para peminjam.
Kerajaan yang sememangnya prihatin dengan isu semasa turut mendengar permasalahan rakyat hari ini yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan sepanjang pandemik Covid-19. Justeru, kerajaan telah meluluskan pemberian moratorium sebanyak 6 bulan kepada semua peminjam individu kategori B40, M40 dan T20 serta usahawan mikro. Bagi melaksanakan pemberian moratorium ini, tiada sebarang syarat diperlukan dan tidak semestinya pemohon mengalami pengurangan pendapatan atau sebarang dokumentasi diperlukan.
Pemohon perlu membuat permohonan secara terus dengan pihak bank atau institusi kewangan dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Para peniaga atau usahawan PKS yang terjejas juga boleh membuat permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh 6 bulan. Permohonan ini boleh dibuat mulai 7 Julai 2021 dan pemohon perlu bersetuju serta menandatangani pindaan syarat – syarat pinjaman yang ditetapkan oleh pihak bank.
Dengan adanya moratorium enam bulan ini, kerajaan sangat berharap para pemohon dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin dan tidak membuat sebarang komitmen tambahan bagi mengelakkan isu kewangan di masa hadapan.