Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah melancarkan Program Musaadah Khaira sebagai satu lagi inisiatif membantu lebih ramai individu yang layak termasuklah yang bukan Islam untuk memohon bantuan khas corona virus (Covid-19). Program bantuan ini adalah di bawah penganjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP) yang telah menerima peruntukan dana sebanyak RM 1 juta pada peringkat permulaan. Bantuan yang dianjurkan oleh PPZ – MAIWP ini ditumpukan buat golongan B40 yang berpendapatan RM 4300 sebulan dan ke bawah untuk seisi rumah bagi menampung kehidupan seharian yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani virus Covid – 19.
Semakan Musaadah Khaira
Untuk membuat semakan, masukkan nombor kad pengenalan pemohon di laman rasmi Musaadah Khaira.
Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 300 yang dibayar secara sekaligus. Bagi yang ingin memohon bantuan ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web http://musaadahkhaira.zakat.com.my. Setiap hari, sekurang – kurangnya 1000 permohonan akan diproses dan tempoh pemprosesan kelayakan dibuat dalam tempoh tujuh hari. Bantuan yang akan disalurkan kepada pemohon bukan Islam terdiri dari sumbangan badan – badan korporat di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR), manakala bantuan yang diberikan kepada pemohon beragama Islam bersumberkan dana yang dikumpul melalui PPZ. Program Musaadah Khaira ini dikhususkan buat rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa yang terjejas akibat pelaksanaan PKP.
Syarat – syarat Kelayakan Permohonan
- Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas
- Terdiri dari golongan B40 dan isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM 4360 ke bawah
- Merupakan individu yang hilang punca pendapatan atau pendapatan terjejas akibat wabak Covid – 19 seperti diberhentikan kerja, separuh gaji, dan cuti tanpa gaji.
- Para peniaga / penjaja kecil yang terjejas perniagaannya
- Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui laman web http://musaadahkhaira.zakat.com.my dan pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada yang layak
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Dokumen pengenalan diri : salinan kad pengenalan MyKad atau kad pengenalan Polis / Tentera. Bagi yang mempunyai tanggungan, butiran maklumat tanggungan perlu dilengkapkan.
- Bukti pendapatan :
- i) Bagi yang bekerja – slip pendapatan bulanan / pengesahan pendapatan / pengesahan
pemberhentian kerja / dicutikan tanpa gaji atau gaji bulanan dikurangkan
- Bukti perniagaan bagi peniaga / penjaja kecil – lesen perniagaan / resit penyewaan tapak atau lain – lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, pemohon perlu mengemukakan Surat Kuasa yang ditandatangani oleh pemohon dan perlu menyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun bank di dalam Surat Kuasa tersebut
- Dokumen – dokumen yang berkenaan perlu diserahkan secara atas talian dengan memuat naik kesemua dokumen yang telah diimbas (scan)
Program Musaadah Khaira PPZ ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan B40 serta para penjaja / peniaga kecil agar dapat meneruskan kehidupan seharian akibat terjejas dengan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, pemohon boleh menghubungi pihak PPZ di talian 1800-88-5757.