Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Program makanan asas MyKasih

Bayaran RM600 one off untuk penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan telah bermula 7 Ogos.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), RM100 sebulan untuk 6 bulan  


Kerajaan Madai telah memperkenalkan satu lagi projek perintis bantuan iaitu program Sumbangan Asas Rahmah (SARa) . Melalui program ini, pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan tanpa tunai kepada seramai 600,000 penerima yang terdiri daripada isi rumah miskin . Pemberian bantuan tanpa tunai ini berkadar RM 100 dan akan diberikan selama enam bulan . Ianya akan diberikan melalui MyKad yang berdaftar sebagai penerima bantuan.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 100 juta bagi melaksanakan program ini. Setiap penerima boleh mendapatkan barang keperluan harian yang terdiri daripada beras, makanan dalam tin, minyak masak, tepung, telur, gula serta pelbagai barangan lain di outlet terpilih. Senarai outlet yang tersenarai adalah terdiri daripada Lotus Stores (Tesco), 99 Speedmart, Giant, Econsave, Mydin, The Store, Milimewa dan kedai runcit terpilih sahaja. 

Program ini akan berterusan dari bulan Julai 2023 hingga ke bulan Disember. Antara negeri yang terlibat dalam Fasa Kedua adalah Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu. Fasa Ketiga pula akan membabitkan beberapa buah negeri lagi yang terdiri daripada Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Labuan, Sabah dan juga Sarawak. Pada fasa ini, program akan dimulakan pada bulan September hingga November atau mulai Oktober hingga Disember 2023 dan ianya tertakluk kepada sebarang perubahan terkini yang akan dimaklumkan.

 

Bayaran MyKasih SARa

Bayaran akan dibuat terus kepada MyKad untuk  6 bulan. Julai 2023 sehingga Disember 2023,

 

 

Kelayakan

Kelayakan adalah secara automatik berdasarkan maklumat dari agensi kerajaan yang terlibat.

  • Berdasarkan pangkalan data dari eKasih , STR dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Semakan

Semakan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kelayakan.  Mereka yang layak juga akan mendapat surat daripadai eKasih.

 

Langkah Membeli Barangan Bantuan Makan Asas dengan Sumbangan Asas Rahmah

Penerima yang layak hanya boleh membeli barangan asas dari kedai yang yang tersenarai. Penerima perlu membayar dengan pilihan Kad pengelanan.

 

10 Kategori Makanan SARA adalah

  • Beras
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Roti
  • Biskut
  • Mee Segera
  • Makanan Dalam Tin (Sardin)
  • Minuman
  • Bahan Perasa

Pilih Barangan Keperluan

Penerima yang layka hanya boleh membeli barangan keperluan asas dengan program SARa , MyKasih

Tunjuk MyKad untuk Pengesahan

Tukar Nombor Pin

Imbas Kod

 

 

Cara guna bantuan MyKasih

Bantuan akan disalurkan terus ke MyKad mereka yang layak .Mereka boleh mengunakan MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di pasaraya senarai MyKasih.

Setiap data akan disemak secara semakan silang melalui pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih bagi memastikan penerima merupakan golongan miskin bandar. Satu mesej akan dihantar melalui SMS sebagai pengesahan kepada penerima bantuan beserta maklumat yang terdiri dari tarikh dan masa untuk sesi taklimat di kedai berdekatan. Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web Program PRIHATIN Kasih.